Saturday, 23 December 2023

Harapan nak sihat itu ADA

 


Kita hidup sebab ini. Maka janganlah kita membunuh diri dan berputus asa pada RahmatNya. Sebenarnya saya pernah rasa nak bunuh diri banyak kali kerana menanggung pedihnya penderitaan penyakit saya. Itu cerita sebelum saya IKHTIAR. Rupa-rupanya saya yang jahil dan BUTA kasih sayang Allah. Sakit macam mana sekalipun, usaha lah, ikhtiar la dan minta Allah beri petunjuk untuk kita sihat dan mampu menggunakan tulang empat kerat kita ini beribadah dan membuat kebajikan ke jalan yang Allah redhai. Insya Allah. Jangan sesekali mensyirikkan Allah. Jangan kita bergantung kepada makhluk atau mana-mana produk kesihatan. Kerana bila kita start bergantung selain Allah, itu kita mensyirikkanNya. Apa yang kita guna yang Allah izinkan (contohnya lingzhi), hanyalah tools/adat/kaedah sahaja. Maksudnya USAHA kita, IKHTIAR kita untuk sihat. Sebab itu kena guna perkataan IKHTIAR bukan JAMINAN. Tak kisah lah apa-apa cara pun. Jaminan adalah milik Allah. Cara ikhtiar kita, perjalanan kita awal-awal selalunya kurang memberi kepuasan yang kita nak. Macam saya dulu, mana ada ikhtiar, serahkan saja pada pakar.

Tapi Allah Maha Kasih Sayang pada hambaNya. Sebab bosan dengan prosedure hospital yang tiada kesudahan, balik-balik penyakit yang sama sahaja berulang, terbuka hati untuk BERIKHTIAR. Sikit demi sedikit Allah buka jalan. Of course, saya cuba meal plan sana sini. belajar dari coach sana sini, cuba ini cuba itu dan pit stop terakhir saya adalah di Shuang Hor. 

Kadang malu sangat dengan Allah. Dah bantu kita, dah bagi petunjuk tapi dosa tetap buat. Takut la. Jadi, jomlah belajar ilmu akhirat dan dekatkan diri dengan Allah. Agar kita merasa kemanisan beribadah kepadaNya. Sebab matlamat kita sebagai hamba Allah adalah akhirat. Itulah kehidupan kita yang sebenar-benarnya. Jadi, saya berhenti angan-angan dunia kerana ia melekakan saya dan melalaikan saya. Bila kita banyak angan-angan, kita tiada masa nak fikir kematian. Esok aku mati macam mana? Kena langgar ke? Dalam sujud ke? Dekat hospital ke? Wallahualam. Semua rahsia Allah. Yang penting kita teruskan amalan baik kita yang Allah redha. Tanam dalam diri, NEVER EVER impress makhluk. Persembahkan sahaja amal baik kita untuk Allah, kerana Dia yang akan menentukan nasib kita kelak BUKAN makhluk yang menetukan.

Harapan nak sihat memang ADA 🌞 Tapi HARAPAN ini hanyalah pada mereka yang tidak putus asa pada RahmatNya. Dalam Quran banyak sangat bagi tahu, Allah akan memberi PETUNJUK pada mana-mana HambaNya yang mahukan PETUNJUK. Allah yang pilih. 

Okay jom ngopi CEO. 

Siapa tak minum Kopi CEO dia tak hensem dan tak cantik. Siapa kata? Nea yang kata. Kah3.😂


Siapa nak order Kopi CEO yang kaya manfaat boleh WHATSAPP saya💬. Nak pilih kopi kena ambil tahu bab isi kandungannya. Adakah ia memberi manfaat kepada tubuh badan kita?🤔 Atau ia memberi mudhorat. Jika Kopi☕️ yang anda minum sekarang (selain Kopi CEO), tidak memberi manfaat kesihatan, tinggalkan saja. 


Kena ambil kira manfaat dalam jangka masa panjang dan pendek👍. Sebab walaupun ia memberi sedikit mudhorat, dalam jangka masa yang panjang, kita sebenarnya, mengumpul atau menternak toksin. Mahukah kalian sebegini?😱 Wallahualam. Moga-moga kita dijauhi makanan dan minuman yang tidak👎 baik pada kita. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment