Showing posts with label Faraid. Show all posts
Showing posts with label Faraid. Show all posts

Friday, 26 January 2024

Spenda WAJIB faraid!!

 


Macam kelakarkan? Itulah hakikatnya. Jika waris faraid sepakat tidak mahukan ia, sedekah atau hapuskan ia (bakar ke gunting ke). Jika ada waris faraid nak simpan sebab rindu, tiada masalah tapi dengan syarat, dapatkan persetujuan dari waris faraid yang lain. Maksudnya, waris faraid lain tidak kisah. Ambil la spenda tu, den tak mahu (contoh). Selagi 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 diwariskan secara sempurna ikut hukum Islam, si mati akan pikul harta tersebut untuk dihisab. Kaya mana pun kita, biar mati miskin (maksudnya sebelum meninggal sudah urus harta walaupun sebatang pen buruk agar kita mati tidak tinggalkan apa-apa pun harta dunia). Kita mati bawa alam je. Sebab pen buruk pun dalam sedar tak sedar, kita makan harta batil. Jaga-jaga. Kita 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 claim, ni bapa aku punya, so aku nak pen ini (contoh). 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 perlu difaraid. Jangan sembunyi-sembunyi harta si mati ye. Jangan makan harta batil. 

Jom urus dan rancang harta semasa hidup agar tidak berlaku perselisihan mengenai hukum faraid atau perebutan pusaka.

Nea Daie Mawarith
Perunding Pewarisan Harta Islam.
𝗪𝗛𝗔𝗧𝗦𝗔𝗣𝗣hashtag

PakarHibah
hashtagPakarPusaka

Buat Wasiat Membazir Duit

 

Isu ini pun ramai sudah orang yang salah faham, sebab itu saya mengajak kalian semua untuk mendengar taklimat pewarisan harta, bagi faham supaya tidak berlaku salah faham bab wasiat dan faraid. IYA, kita TAK PERLU pun buat wasiat sebab kita dah ada faraid. Masih ada lagi dalam kalangan kita mengambil penguam untuk buat wasiat. Nasihat saya, tak perlu kerana HAJAT anda belum tentu tercapai dan membazir duit. Walau apapun, terpulang kepada individu. Tapi INGAT! Bila dah ambil penguam untuk urus harta (buat wasiat semasa hidup), waris anda perlu menyediakan duit jumlah yang agak banyak untuk bayar firma guaman, bayar kos pencairan lagi, dan kos-kos lain lagi dan seandainya waris lain TIDAK SETUJU dengan wasiat tersebut, maka akan TERBATAL. Bila terbatal, hajat si mati tidak sampai. Sebab waris faraid lain ada HAK untuk dapatkan bahagian mereka. Masa ini barulah penguam digunakan. Duit lagi. Selalunya waris TIADA DANA, maka akan jadi harta beku. Harta beku di Malaysia saja sudah 90 billion! Nak jadi calon seterusnya ke?

Ada cara PERCUMA di mana waris TAK PERLU keluar duit satu sen pun nak cairkan aset si mati. Ianya cara yang tepat dan holistik berdasarkan hukum syariah supaya hajat kita sampai. Contohnya, rumah ni betul-betul nak bagi kepada bini. Tidak mahu jadi harta faraid. Solusinya BUKAN wasiat. Untuk pengetahuan lanjut, jom kita set appointment. Dengar dulu taklimat yang saya mahu sampaikan.

Jangan silap langkah dan jangan bazirkan duit kepada perkara yang tiada jaminan untuk capai hajat kita selepas kematian kita. Jangan bagi waris faraid kita bergaduh bab pusaka kita. Motor buruk pun orang berebut tau. Jadilah orang yang bijak dan urus harta semasa hidup.

Nea Daie Mawarith