Showing posts with label Al-Waqiah. Show all posts
Showing posts with label Al-Waqiah. Show all posts

Tuesday, 23 January 2024

Betul ke boleh kaya baca surah al-Waqiah?

 

Terdapat beberapa riwayat kitab-kitab tafsir yang menyatakan kelebihan surah al-Waqiah, antaranya:
  • Al-Hafiz Abu Ya'la, Ibn Mardawaih, Ibn 'Abd al-Barri dan al-Tha'labi meriwayatkan bahawa ketika Ibn Mas'ud r.a. dalam keadaan sakit sehingga membawa kematiannya, Khalifah 'Uthman b. 'Affan menziarahinya. Beliau menawarkan bantuan kepadanya, tetapi Ibn Mas'ud tidak mahu menerimanya kerana hampir mati. Khalifah menawarkan dana untuk bekalan anak-anaknya setelah dia meninggal, namun Ibn Mas'ud menolak dan mengatakan bahawa dia telah memerintahkan anak-anaknya agar selalu membaca surah al-Waqiah, kerana dia pernah Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan selamanya"
  •  Ibn 'Asakir meriwayatkan sebuah hadis dari Ibn 'Abbas, bahawasanya Rasulullah saw berkata:
"Surah al-Waqiah adalah surah  kekayaan, bacala ia, dan ajarkan ia kepada anak-anakmu" 
  • Al-Dailami meriwayatkan pula sebuah hadis dari Anas b. Malik, bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Ajarkanlah kepada isteri-isteri kamu surah al-Waqiah kerana ia adalah surah kekayaan" 

Namun hadis-hadis tersebut diragukan kesahihannya, hadis yang pertama tadi menurut Imam Ahmad b. Hanbal, Abu Hatim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi adalah da'if, bahkan menurut Imam Ahmad, hadis tersebut adalah munkar, tidak boleh jadikan pegangan. Demikian lah kedudukan hadis-hadis tersebut sebagai pengetahuan kita semua. Sungguhpun demikian, menjadikan membaca Quran sebagai amalan harian amatlah digalakkan. 

Rujukan Surah al-Waqiah terjemahan dan huraian oleh MAIWP

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Belajar sesuatu? Yang sudah istiqomah baca al-Waqiah, teruskan sahaja baca. Baca kerana kita ini hamba Allah. Sebab itu saya lebih suka dapatkan info dari buku lebih sahih berbanding internet. Internet ni macam-macam versi. Jom la baca buku sambil minum Teh Lu Chun. Sekecil-kecil usaha pencegahan penyakit adalam dengan minum Teh Lu Chun. Teh yang kaya manfaat kesihatannya. Jika berminat boleh Whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Di situ ada banyak info kesihatan holistik yang bermanfaat. Insya Allah. 



 

Jodoh tiba-tiba datang


Buku ini saya dapat percuma masa saya beli buku Sejarah Angkor Wat. Buku ini buku lama, bukan lah buku baru, maksudnya buku secondhand yang dah pernah orang lain baca, kemudian diberi percuma. Inilah KALI PERTAMA saya mula tadabbur Quran. Surah PERTAMA yang saya tadabbur zaman kerja ofis dulu-dulu. Baca sebab dapat free. Banyak sangat saya belajar mengenai surah ini. Ianya menceritakan tentang berita baik dan juga berita buruk bab syurga dan neraka. Sejak hari itu, tidak putus lidah minta untuk bersama golongan As-Sabiqun. Apa itu, beli la buku ini dan baca. Takut saya sampaikan lebih-lebih di salah tafsir pula sebab bab tafsir Quran bukan bidang saya. Bahasa Quran ni tinggi dan WAJIB berguru. Saya masih belajar. Kita belajar sampai mati sebab ilmu Allah itu luas. 

Yang paling membuka mata saya adalah, perempuan yang tidak berkawin di dunia akan masuk syurga dan kawin di syurga. Ini kalau perangai helok la. Almaklumlah single masa tu. Jodoh masih sesat masa tu. Jadinya, fikiran saya terus berubah lepas tadabbur, "Tiada jodoh tidak mengapa, jodohku pasti di syurga". Punya yakin saya masa ni. Kah3. Tahun 2023, eh, jodoh sampai pula. So, cancel la ek jodoh rahsia di syurga tu? Umur 32 baru saya nikah. Lambeertttt. Tapi alhamdulilah. Itulah waktu terbaik menurut Allah. Ada juga orang nak saya ye.

Yang masih tiada jodoh lagi, tidak mengapa, cuba promote Ubat Gigi Greenzhi ini pada ramai orang. Mana tahu salah seorangnya adalah jodoh kamu. Eh....kita bagi cadangan jerrr.

πŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’Ÿ
Belajar sesuatu? Last but not least, Jangan lupa bersugi ikut sunnah Nabi saw.

1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah

2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat

3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.


Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi😬 yang pelbagai manfaat, boleh hubungi saya di talian WhatsappDiyakini ubat gigi ini Halal, Selamat, Tanpa Toksin dan Tiada Kandungan FLUORIDA. Jika kalian ada telegram, jemputlah masuk channel telegram saya. Ianya tentang reverse kesihatan TANPA UBAT - KLIK SINIIlmu itu penting, jangan tunggu sakit baru nak cari ilmu. Allahu.