Sudah tentu, data📔 yang bercanggah dengan teori tekanan darah dan garam🧂 terus diterbitkan bersama-sama dengan data yang menyokongnya. Perdebatan💬 hangat berkecamuk dalam komuniti saintifik tentang sama ada garam🧂 menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi) secara kronik berbanding kenaikan tekanan darah🩸 yang cepat dan tidak berbangkit, dengan penyokong dan skeptik di kedua-dua pihak.
Kita sentiasa dimomokan oleh garam😨. Dan kerana kepastian yang tidak berasas itu, kita menganggap bahawa pengambilan garam🧂 yang berlebihan secara logiknya akan mengakibatkan hasil kesihatan yang teruk, seperti strok dan serangan jantung🫀.
Yang sebenarnya, 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗿𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵🔽—𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴🫀 𝗸𝗶𝘁𝗮—seperti peningkatan kadar denyutan jantung; fungsi buah pinggang terjejas dan kekurangan adrenal; hipotiroidisme; tahap trigliserida, kolesterol, dan insulin yang lebih🔼 tinggi; dan, akhirnya, rintangan insulin, obesiti, dan diabetes jenis 2🙁.
Kadar denyutan jantung🫀 terbukti meningkat dek diet rendah garam. Selain garam🧂 yang hilang dengan mengikuti diet rendah karbohidrat, ketogenik atau paleo, kita juga mengambil lebih banyak ubat💊 yang menyebabkan kehilangan garam; kita mengalami lebih banyak kerosakan pada usus yang menyebabkan penyerapan garam berkurangan🔽 (termasuk penyakit Crohn, kolitis ulseratif, sindrom usus besar [IBS] dan usus bocor); dan kita melakukan lebih banyak kerosakan pada buah pinggang😰 dengan memakan lebih banyak karbohidrat yang diproses dan gula🍦 yang diproses (mengurangkan keupayaan buah pinggang untuk mengekalkan garam).
Penyelidikan baru-baru ini malah mencadangkan bahawa kekurangan🔽 garam kronik mungkin menjadi faktor dalam istilah ahli endokrinologi "kebuluran dalaman."😋 Apabila kita mula mengehadkan pengambilan garam🧂, badan mula panik😰. Salah satu mekanisme pertahanan badan adalah untuk meningkatkan tahap insulin, kerana insulin membantu buah pinggang mengekalkan lebih banyak garam🧂.
Malangnya, tahap insulin yang tinggi juga "mengunci"🔓 tenaga ke dalam sel lemak kita, dan menyumbang kepada masalah memecahkan/penguraian lemak yang disimpan kepada asid lemak atau protein yang disimpan kepada asid amino untuk tenaga. Apabila tahap insulin kita meningkat🔼, satu-satunya makronutrien yang kita boleh gunakan sebagai tenaga ialah karbohidrat.
Disebabkan itu, kita mula mengidam gula😋 dan karbohidrat (yang diproses) seperti orang gila, kerana badan kita percaya karbohidrat adalah satu-satunya sumber tenaga💪 kita. Lebih banyak karbohidrat (yang diproses) yang kita makan, lebih kuat 'craving' kita🤤. Makan berlebihan karbohidrat yang diproses dan makanan tinggi gula😋 ini menyumbang kepada pengumpulan sel lemak, penambahan berat badan, rintangan insulin, dan akhirnya diabetes jenis 2.

