- Ini adalah peringatan seterusnya dalam ayat ini: hendaklah sentiasa meminta ampun daripada perbuatan syirik, bid’ah, dosa besar dan kecil yang kita pernah buat. Kadang-kadang kita tahu perbuatan salah yang kita lakukan dan kadang kita tidak tahu. Kita tidak tahu itu mungkin kerana kita tidak belajar lagi dan oleh kerana itu kita tidak tahu manakah kesalahan yang kita telah lakukan. Kita hendaklah meminta ampun segalanya sekali.
- Bertaubat itu pula bermaksud sedar tentang kesalahan yang ‘sedang’ kita lakukan dan berazam untuk tidak akan membuat lagi dosa yang kita telah buat. Bukan itu sahaja, kita hendaklah mengubah cara hidup kita selepas bertaubat itu. Ini adalah kerana, daripada lafaz ‘taubat’ itu, ia membawa maksud ‘kembali’.
- Selalu kita sangka ‘istighfar’ dan ‘taubat’ adalah perkara yang sama.
- ‘Istighfar’ itu adalah kita sedar bahawa kita sudah bersalah, kita sudah banyak buat dosa. Kita menyesal dengan perbuatan salah yang kita telah buat selama ini. Kemudian, setelah kita istighfar, barulah kita bertaubat – kembali kepada Allah. Maka istighfar adalah untuk dosa masa lalu dan taubat adalah azam untuk masa depan.
- Kenapa nikmat yang besar diberikan kepada mereka yang istighfar dan taubat, sedangkan bukankah mereka itu telah melakukan kesalahan?
Jawapan: Ini adalah kerana mereka yang istighfar dan taubat itu adalah mereka yang mengaku mereka telah melakukan kesalahan. Ini adalah satu perkara yang susah hendak dilakukan. Ramai yang buat salah, tetapi mereka tidak mahu mengaku. Mereka hendak juga mengatakan yang mereka tidak melakukan kesalahan. Kalau ditegur, mereka akan beri berbagai-bagai alasan untuk menjustifikasikan kesalahan yang mereka telah lakukan.
Kita tidak tolak yang nikmat yang dimaksudkan itu boleh sahaja bermaksud nikmat dari segi harta. Allah ﷻ beri harta yang berlimpah ruah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Allah ﷻ boleh beri rezeki dari tempat yang tidak disangka-sangka.
Penghalang kepada nikmat dan rahmat adalah dosa. Allah ﷻ tahan daripada memberi rahmat kepada kita kalau kita banyak melakukan dosa. Maka musibah dan azab yang kita sedang hadapi di dunia adalah kerana dosa kita maka mohonlah ampun ke atas dosa-dosa kita.
Di dunia, mereka telah mendapat kesenangan hidup. Kemudian, di Akhirat, mereka akan mendapat balasan yang baik juga lagi, malah lebih lagi daripada yang mereka terima semasa di dunia.
Kita akan mendapat ‘kelazatan’ dalam melakukan amalan kebaikan itu. Itu adalah taufik daripada Allah ﷻ. Allah ﷻ yang gerakkan hati kita untuk suka membuat amalan baik kerana Allah ﷻ hendak beri balasan kepada kita.
Kalau terus melakukan dosa, kemudian tidak mahu istighfar dan taubat, maka Allah ﷻ boleh kenakan azab kerana perbuatan dosa boleh menyebabkan kita dikenakan azab di dunia lagi dan terlebih lagi di akhirat.
Pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan untuk membantu manusia membuat keputusan di antara manusia yang mereka perselisihkan dan perkara yang mereka mahukan kebenaran
Friday, 9 February 2024
Dosa Penghalang Kepada Ibadah dan Nikmat
Thursday, 8 February 2024
Mudarat dan Kebaikan, Keduanya dari Allah
- Mudarat itu ada banyak jenis. Ia merangkumi semua perkara yang kita tidak suka. Sama ada dari segi fizikal atau mental. Yang berbentuk fizikal contohnya kita sakit, hutang banyak, duit tidak cukup dan sebagainya. Yang berbentuk mental atau emosi seperti ketakutan, tekanan, resah gelisah, tiada barakah dalam kehidupan dan sebagainya. Ada mudarat yang boleh nampak dengan mata, ada yang tidak nampak kerana ia perkara di dalam hati. Kita nampak seseorang itu biasa sahaja, padahal, dia sedang menanggung mudarat yang besar.
- Kadangkala Allah ﷻ uji kita dengan mudarat walaupun kita tidak ada salah pun. Setelah berusaha sekian lama, masih tidak dapat kerja. Atau dia sudah jaga kesihatannya, tetapi masih jatuh sakit juga. Itu kita kena redha kerana itu semua adalah ujian.
- Sekiranya kita sakit contohnya, Allah ﷻ sahaja yang boleh menyembuhkan kita. Begitu juga dengan masalah-masalah yang lain. Allah ﷻ sahaja yang boleh menyelesaikan masalah itu. Maka, kepada siapa lagi kita mesti meletakkan harapan kita? Kepada Allah ﷻ sahaja. Maka, jangan berdoa kepada yang lain.
- Malangnya yang diajar oleh puak yang sesat dan jahil agama: Kalau terkena bala, kena ada amalan yang khurafat, seperti ‘Mandi Bunga’. Mereka kata, kalau mandi bunga, bala akan diangkat. Ini bukan selesai masalah, tetapi ‘tambah’ masalah. Atau, ada yang kata kena jumpa ‘ustaz’. Kenapa hendak jumpa ustaz, bukan ustaz itu boleh buang bala itu.
- Ia mengingatkan kita bahawa Allah ﷻlah yang memberi kebaikan kepada kita. Oleh itu, janganlah berbangga sangat, kerana bukan usaha kita sangat pun (walaupun kita tetap kena usaha) kerana ia adalah pemberian daripada Allah ﷻ. Hendaklah kita berterima kasih kepada Allah ﷻ.
- Allah ﷻ mengingatkan kita dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani kerana selepas diberikan dengan musibah, Allah ﷻ akan memberi kebaikan kepada manusia. Allah ﷻ sentiasa memberi kebaikan kepada manusia setiap masa.
1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.
Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi😬 yang pelbagai manfaat, boleh hubungi saya di talian Whatsapp💬. 𝗗𝗶𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗴𝗶𝗴𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗹, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁, 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗧𝗼𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗙𝗟𝗨𝗢𝗥𝗜𝗗𝗔. Jika kalian ada telegram, jemputlah masuk channel telegram💌 saya. Ianya tentang reverse kesihatan𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗧. Ilmu itu penting, jangan tunggu sakit baru nak cari ilmu. Allahu.
Dusta
- ‘Dusta’ di dalam ayat ini bermaksud menolak ayat Al-Qur’an. Begitulah yang terjadi kepada Bani Israil sebelum kita. Maka kita jangan jadi orang yang mendustakan ayat-ayat Al-Qur’an. Malangnya ramai dalam kalangan kita pun begitulah juga. Mereka telah diberikan dalil daripada ayat Al-Qur’an tetapi mereka tidak terima kerana mereka beranggapan ayat itu berdusta. Tentulah mereka tidak kata ayat itu dusta dengan mulut mereka, tetapi melalui tindakan mereka.
- Kerana bila menolak ayat Al-Qur’an kita akan masuk neraka dan semua pahala ibadah kita akan hancur. Mereka yang menolak Al-Qur’an akan rugi di dunia dan di akhirat. Orang Islam pun boleh menolak Al-Qur’an jikalau tidak mengamalkannya dan ambil peduli tentangnya. Alangkah ruginya, lahir dalam keluarga Islam, namun akhirnya masuk neraka.
Wednesday, 7 February 2024
Kita Telah Melanggar Fitrah Yang Telah Dibuat Oleh Allah
- Allah ﷻ tidak menceritakan sifat malam dalam ayat ini tetapi Allah ﷻ memberitahu apa yang kita patut buat di waktu malam (berehat). Apabila gelap gelita, maka mudah untuk kita berehat. Mudah untuk kita tidur sebab cahaya tidak ada. Maka melatonin akan dikeluarkan untuk memudahkan kita tidur.
- Maka kesimpulan di sini, malam untuk berehat dan siang untuk bekerja; dan bukan sebaliknya. Kalau kita buat yang sebaliknya, maka kita telah melanggar fitrah yang telah dibuat oleh Allah ﷻ. Apabila kita langgar, maka ada kesannya kepada diri kita sendiri.
- Nabi ﷺ telah memberi nasihat kepada kita untuk berhati-hati pada waktu malam kerana pada waktu malamlah banyak keburukan akan berlaku. Sebagai contoh, perompak-perompak selalunya keluar pada waktu malam. Oleh kerana itu kita kena kurangkan aktiviti malam kita. Jangan kita selalu keluar tidak tentu hala.
- Siang itu dicerahkan supaya kita dapat mencari rezeki, dan dengan rezeki itu kita dapat sebar agama ini. Bukan hanya mencari rezeki untuk hidup sahaja, kerana bukan itu tujuan hidup kita. Tujuan hidup kita adalah untuk membesarkan nama Tuhan. Selalunya, ayat ini diterjemahkan ‘untuk mencari nafkah’ sahaja. Itu tidak tepat. Kita kena tambah dalam tafsir, mencari nafkah itu adalah untuk menyebarkan agama ini. Semua perkara mestilah kembali kepada tujuan hidup kita sebagai hamba Allah ﷻ.
- Namun begitu hanya orang yang mahu mendengar sahaja akan dapat pengajarannya. Mahu mendengar apa? Mahu mendengar wahyu Al-Qur’an dibacakan. Mahu mendengar nasihat yang disampaikan kepada mereka. Merekalah yang sanggup datang belajar tafsir Al-Qur’an dan terus belajar dan mengkaji Al-Qur’an itu. Maka anda yang membaca tulisan ini, marilah masuk kelas secara talaqqi dan belajar wahyu Allah ﷻ betul-betul. Marilah berusaha untuk belajar sehingga faham.
1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.
Jika berminat nak beli Greenzhi boleh Whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak info kesihatan holistik yang saya kongsikan. Insya Allah memberi banyak manfaat. Jom kembalikan kesihatan TANPA UBAT.
Al-Quran adalah nasihat dan pengajaran
- Al-Qur’an sekarang sedang bercakap kepada semua manusia. Kerana Al-Qur’an ini bukan untuk orang Islam sahaja tetapi kepada semua manusia.
- Al-Qur’an sememangnya mengandungi nasihat yang amat besar. مَّوْعِظَةٌ adalah jenis nasihat yang menjadikan hati lembut dan terbuka untuk menerima. Apabila hati sudah menjadi lembut, maka senang untuk diajak kepada Allah ﷻ dan taat kepada-Nya. Kesan ajakan keduniaan akan berkurangan. Hati mula ingat kepada Akhirat. Oleh itu jika hati keras, hendaklah selalu membaca Al-Qur’an supaya dapat melembutkan hati itu.
- Al-Qur’an sebagai pemberi nasihat utama kepada manusia. Nasihat itu datang dari Allah. Oleh itu, ia sepatutnya diterima dengan senang hati tenang. Kita kena ambil perhatian dengan nasihat yang diberikan
- Al-Qur’an adalah penawar bagi penyakit-penyakit hati. Ia juga adalah sebagai penawar kepada bisikan syaitan juga.
- Pernah ada sahabat datang kepada Nabi ﷺ dan mengadu bahawa hatinya tidak tenang. Nabi ﷺ telah menyuruh sahabat itu membaca Al-Qur’an. Jelas bahawa Al-Qur’an itu dapat menenangkan hati.
Sunday, 4 February 2024
Hidup ini pilihan
- Tidaklah Allah ﷻ menzalimi manusia dengan tidak memberi hidayah kepada manusia. Allah ﷻ sentiasa memberi hidayah, tetapi sama ada manusia terima atau tidak, sahaja. Ini adalah kerana Allah ﷻ telah memberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalan mana yang manusia hendak ambil.
- Allah ﷻ tidak memaksa manusia dan jin untuk beriman. Hal ini berbeza sekali dengan malaikat yang semuanya hanya taat kepada Allah ﷻ sahaja. Mereka tidak ada pilihan untuk tidak taat kepada Allah ﷻ. Namun sekiranya manusia memilih hendak menjadi sesat, Allah ﷻ akan biarkan mereka membuat pilihan sendiri selama mereka di dunia. Namun di akhirat kelak, mereka akan dikenakan azab. Itu adalah janji Allah ﷻ.
Saturday, 3 February 2024
Al-Quran itu Kalam Allah
- Allah ﷻ sedang memberitahu kepada kita tentang Al-Qur’an kerana ia amat penting untuk keluar daripada fahaman kesyirikan. Terlalu banyak ilmu yang disampaikan di dalamnya. Amat rugi apabila orang kita buat tidak endah sahaja tentang ilmu tafsir Al-Qur’an.
- Al-Qur’an itu tidak mungkin boleh direka oleh makhluk. Tidak boleh dibuat oleh makhluk yang lemah akalnya. Ia pasti hanya daripada Allah ﷻ. Jika ia bukan daripada Allah ﷻ, tentulah ada banyak kekeliruan dalam ayat-ayat Al-Qur’an ini. Tentulah ada kesalahan di mana-mana.
- Banyak topik-topik yang ada dalam kitab-kitab terdahulu dan Al-Qur’an memperjelaskannya lagi. Ini kerana kitab-kitab itu telah banyak yang diubah dan ajaran Nabi yang terdahulu telah banyak ditukar. Maka Al-Qur’an datang memperbetulkan ajaran agama.
1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.
Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi😬 yang pelbagai manfaat, boleh hubungi saya di talian Whatsapp💬. 𝗗𝗶𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗴𝗶𝗴𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗹, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁, 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗧𝗼𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗙𝗟𝗨𝗢𝗥𝗜𝗗𝗔. Jika kalian ada telegram, jemputlah masuk channel telegram💌 saya. Ianya tentang kembalikan kesihatan𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗧. Ilmu itu penting, jangan tunggu sakit baru nak cari ilmu. Allahu.
Orang yang zalin itu akan terkena akibatnya
- Selepas mereka selamat, mereka berbuat zalim iaitu mereka melakukan syirik tanpa dalil. Mereka juga melakukan amal-amal yang mungkar. Yang paling besar adalah syirik. Tidak ada dalil membenarkan perbuatan yang mereka lakukan itu.
- Sekiranya kita derhaka dan berlaku zalim, maka kita sendiri yang akan mendapat kesan keburukan daripadanya. Selalunya orang zalim itu menyangka orang lain yang terkena akibat daripada kezaliman mereka, namun Allah ﷻ beritahu di sini bahawa yang membuat zalim itu yang akan terkena akibatnya. Orang yang buat syirik pula sangka mereka tidak akan dikenakan apa-apa tetapi Allah ﷻ kata perbuatan mereka itu akan menyusahkan mereka. Ini kerana mereka akan dibalas di akhirat kelak jika tidak dibalas di dunia lagi. Kita tidak dapat lari daripada balasan itu.
- Kamu buat segala kesalahan itu kerana tertipu dengan kehidupan dunia. Kamu mungkin sangka kamu yang akan mendapat keuntungan di dunia dengan berbuat zalim kepada orang lain, berbuat dosa dengan menindas orang lain dan sebagainya, tetapi itu semua adalah keuntungan yang sementara sahaja di dunia.
Friday, 2 February 2024
Mereka Telah Menolak Ayat-Ayat Al-Quran Tanpa Mereka Sedari
- ‘Mendustakan ayat-ayat-Nya’ boleh ditafsirkan sebagai ‘menolak ayat-ayat Allah ﷻ’. Entah berapa ramai manusia yang mengaku mereka beragama Islam tetapi kerana mereka tidak belajar agama dengan benar, maka mereka telah menolak ayat-ayat Al-Qur’an tanpa mereka sedari. Mereka sangka apa yang mereka buat itu adalah baik namun apabila mereka menolak ayat Al-Qur’an, mereka sebenarnya telah kufur.
- Tidak akan beruntung mereka yang berdusta itu. Mereka mendustakan akidah Tauhid maka mereka ini adalah golongan musyrik. Mereka sangka mereka akan dapat pahala tetapi sebenarnya, mereka akan mendapat dosa. Mereka tidak akan beruntung langsung, malah mereka akan rugi. Mereka rugi di dunia kerana membuang masa dengan amalan mereka itu dan mereka akan rugi di akhirat kelak kerana mereka akan mendapat dosa.
Thursday, 1 February 2024
Tahu kebenaran tetapi tidak menerima
- ‘Kamu’ yang dimaksudkan dalam ayat ini asalnya adalah Musyrikin Mekah. Namun sekarang ia ditujukan kepada kita yang sedang membaca ayat ini dan kepada orang-orang zaman sekarang dan seterusnya hingga ke akhir zaman. Jangan kita sangka ayat-ayat Al-Qur’an ini hanya ditujukan kepada orang lain sahaja tetapi hendaklah kita merasa Allah ﷻ sedang berkata-kata dengan kita.
- Mereka yang dimusnahkan itu adalah kerana mereka telah berbuat kezaliman. Ada berbagai-bagai jenis kezaliman yang manusia lakukan. Kezaliman yang paling tinggi adalah apabila manusia melakukan syirik kepada Allah ﷻ. Kemudian mereka menolak dakwah daripada rasul-rasul mereka.
- Mereka itu sudah diberi dengan peringatan yang banyak. Allah ﷻ tidak akan memusnahkan sesuatu kaum itu melainkan mereka telah diberi peringatan dan setelah diberi peringatan itu, mereka ingkar. Kerana itulah kita katakan yang Allah ﷻ tidak zalim sama sekali kerana segala peringatan telah diberi.
- Namun tetap mereka tidak ambil pengajaran. Macam orang kita juga, walaupun tahu kebenaran, tetapi masih tidak mahu terima.
- Tidak kira siapa mereka, sekiranya mereka zalim bermaksud mereka telah berdosa, maka mereka akan diberi balasan yang buruk. Ini adalah ancaman daripada Allah ﷻ yang amat banyak sekali disebut dalam Al-Qur’an.
Wednesday, 31 January 2024
Bila senang lupa pada Allah
- Manusia akan sentiasa dikenakan dengan kesusahan sebagai ujian bagi mereka. Sememangnya kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian.
- Apabila manusia dikenakan bala, mereka akan bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah ﷻ termasuklah golongan musyrikin ini. Waktu mereka terbaring pun, mereka ingat kepada Allah ﷻ dan tidak putus-putus mereka berdoa dan mengharap kepada Allah ﷻ untuk mengeluarkan mereka daripada masalah yang telah dikenakan kepada mereka.
- Bukan sahaja waktu berbaring, waktu duduk-duduk pun mereka teringat dan berdoa kepada Allah ﷻ. Kalau tadi teruk sangat sampai terbaring, sekarang sudah boleh duduk kerana Allah ﷻ telah angkat sedikit masalah mereka itu tetapi mereka masih lagi berdoa kerana belum baik lagi.
- Apabila manusia ditimpa kesusahan barulah mereka akan ingat Allah ﷻ dalam semua keadaan sama ada berbaring, duduk ataupun berdiri. Maknanya, sepanjang masa mereka ingat dan doa kepada Allah ﷻ (apabila dalam kesusahan). Doa mereka pula banyak sampai tidak turun tangan mereka
- Orang beriman itu ingat Allah ﷻ dalam semua keadaan, ketika masih sihat dan selesa. Orang tidak beriman pula, hanya ingat Allah ﷻ apabila sudah ada masalah, sudah sakit dan sebagainya. Yang sepatutnya: Ingatlah Allah ﷻ semasa senang, supaya Allah ﷻ ingat kita di waktu kita susah.
- Semasa dia susah, bersungguh-sungguh dia berdoa kepada Allah ﷻ untuk menghilangkan kesusahannya itu. Namun bila kesusahannya itu diangkat oleh Allah ﷻ, dia buat biasa sahaja. Macam dia tidak pernah berdoa kepada Allah ﷻ untuk mengangkat kesusahannya itu dulu. Dia lupa yang Allah ﷻlah yang telah mengangkat kesusahannya itu.
- Orang yang melampau itu nampak cantik amalan yang dilakukannya itu. Dia sangka dia sudah hebat sangat bila banyak berdoa kepada Allah ﷻ. Dia lupa bahawa dia hanya banyak berdoa kepada Allah ﷻ bila dia mempunyai masalah sahaja. Waktu lain, dia lupa langsung.
1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.
Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi😬 yang pelbagai manfaat, boleh hubungi saya di talian Whatsapp💬. Diyakini ubat gigi ini Halal, Selamat, Tanpa Toksin dan Tiada Kandungan FLUORIDA. Jika kalian ada telegram, jemputlah masuk channel telegram✉️ saya. Ianya tentang reverse kesihatan TANPA UBAT. Ilmu itu penting, jangan tunggu sakit baru nak cari ilmu. Allahu.
Wednesday, 10 January 2024
At-Taubah ayat 98 : Juzuk 11
✨Story time
"Dan di antara orang-orang Arab Badwi itu ada yang memandang apa yang diinfakkannya (di jalan Allah) sebagai suatu kerugian; dia menanti-nanti marabahaya menimpamu, merekalah yang akan ditimpa marabahaya. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
At-Taubah ayat 98 : Juzuk 11
Dan di antara orang-orang Arab Badwi itu ada yang memandang apa yang diinfakkannya di jalan Allah sebagai suatu kerugian karena mereka tidak percaya adanya pahala atas amal soleh, sehingga mereka beranggapan bahwa harta yang diinfakkan akan lenyap begitu saja. Dia menanti-nanti marabahaya menimpamu, yakni Nabi Muhammad dan umat Islam, karena keengganan mereka membayar zakat dan karena kebencian mereka kepadamu. Padahal merekalah yang akan ditimpa marabahaya, dengan semakin tersebarnya ajaran agama Islam dan mereka akan mendapat siksa di akhirat. Allah Maha Mendengar perkataan mereka, Maha Mengetahui perbuatan mereka.
👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Jom Tadabbur Quran sambil minum Kopi CEO, Kopi yang kaya manfaat kesihatan. Untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya di talian WHATSAPP.











