Showing posts with label juzuk 12. Show all posts
Showing posts with label juzuk 12. Show all posts

Monday, 26 February 2024

Seorang anak yang beriman barulah dikatakan 'keluarga'


Allah berfirman: “Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”.
Hud 46 | Juzuk 12

  1. Memang dia ‘anak’ kandung Nabi Nuh عليه السلام, tetapi bukan ‘keluarga’ baginda. Seorang anak yang beriman barulah dikatakan ‘keluarga’. Allah ﷻ hanya berjanji menyelamatkan ahli keluarganya yang beriman sahaja, bukan kesemuanya sekali. Seorang anak yang bukan beriman, tidak dianggap sebagai ahli keluarga Islam lagi. Katakanlah seorang ibu atau bapa masuk Islam, tetapi jika anaknya tidak masuk Islam, anaknya itu bukan daripada keluarganya lagi. Sebagai contoh, harta pusaka tidak boleh diterima daripada ayahnya dalam hukum faraid. Kecuali kalau diberikan melalui wasiat setakat 1/3 daripada hartanya.
  2. Kita kena ingat yang hubungan kekeluargaan itu hanya di dunia sahaja. Apabila hari Akhirat sudah bermula, maka terputuslah segala perhubungan. 
  3. Ayat ini juga sebagai dalil melarang kita berdoa apa yang kita tidak tahu. Iaitu kita berdoa, tetapi kita tidak tahu apa yang kita doakan. Selalu terjadi, kita ambil doa-doa dalam teks bahasa Arab, tetapi kita tidak tahu maknanya. Itu bukan ‘berdoa’ maknanya. Sebab kita pun tidak tahu apa yang kita minta. Maka, tidak perlulah baca doa yang menggunakan bahasa Arab kalau kita tidak faham makna. Lebih baik kalau berdoa dalam bahasa Melayu sahaja. Lagi kita faham dan lagi ikhlas kita dengan doa kita itu dan lagi khusyuk kita semasa berdoa kerana kita faham.

🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎
Belajar sesuatu? Menjadi fitrah ibu, bapa, kakak, abang dan adik untuk membela ahli keluarga yang mereka sayang dan terlepas dari kesalahan. Namun, dalam ayat ini Allah ajar kita semua jangan bela orang yang berpegang kepada kebatilan walaupun ahli keluarga kita.

Friday, 16 February 2024

Beribadah kerana tujuan dunia


"Sesiapa yang usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Qur’an tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya"
Hud 15 | Juzuk 12

  1. Manusia tentunya suka dengan dunia kerana hidup di atas dunia ini. Akan tetapi kebanyakkannya tidak sedar bahawa dunia ini adalah ujian. Kadangkala ada antara mereka yang sedar juga mudah lalai dan leka dengan keindahan dan keseronokan dunia ini. Maka keindahan ini mengalihkan perhatian kita daripada membuat persediaan yang sepatutnya kepada akhirat. Kalau dunia dilebihkan daripada akhirat, maka itu adalah masalah. Dunia ini bukanlah kita kena tolak, akan tetapi janganlah sampai akhirat diabaikan.
  2. ‘Kehidupan dunia’ bermaksud ‘upah’ dari segi kebendaan. ‘Perhiasannya’ pula bermaksud perkara lain seperti glamor, pujian dan pujaan, menjadi terkenal pangkat dan kemasyhuran. Kadang-kadang manusia tidak mahukan duit sebab mereka sudah memiliki banyak duit, sebaliknya mereka mahu menjadi terkenal. Mereka hendak orang rujuk mereka kalau ada hal apa-apa. Mereka bangga menjadi tempat rujukan.Inilah masalah yang banyak dihadapi oleh umat manusia.
  3. Manusia tertipu dengan imbuhan dunia sampaikan bagi umat Islam, untuk ibadat pun mereka hendak upah. Sebagai contoh, mereka yang solat jenazah, mereka ambil upah. Sekurang-kurangnya, setiap orang akan dapat RM10 kalau di Malaysia ini. Itu kepada jemaah, kalau kepada imam, lebih lagi sekurang-kurangnya RM50. Ada tempat yang pernah kedengaran, puak surau tanya: “Makcik nak bayar upah berapa ringgit?” Ma sha Allah?! Kenapa sampai teruk begitu sekali?
  4. Allah ‎ﷻ beri imbuhan kepada mereka yang mahu upah itu semasa di dunia seperti yang mereka ingini kerana mereka hendakkan harta, Allah ﷻ akan beri harta kepada mereka. Kerana mereka hendak makan nasi kenduri, Allah ﷻ beri mereka makanan itu. Kerana mereka hendak kedudukan, Allah ﷻ beri kedudukan yang mereka mahukan. Mereka inilah penunggang agama yang dikenali sebagai tok siak, bilal, tok imam dan apa-apa sahaja yang mereka mahu. Tidak ada masalah kepada Allah ﷻ untuk beri apa yang mereka mahu kerana segala perhiasan dunia ini tidak ada nilai apa-apa pun sebenarnya. Berapa sahaja mereka mahu, Allah ﷻ boleh beri kepada mereka. Namun ingatlah, mereka tidak mendapat ganjaran pahala.
  5. Mereka tidak boleh mengadu nanti di akhirat yang mereka tidak dapat apa yang mereka sepatutnya dapat kerana Allah ﷻ sudah beri wang, kedudukan dan kemewahan yang mereka mahukan itu semasa di dunia lagi. Tidak kurang sedikit pun.



"Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan."
Hud 16 | Juzuk 12

  1. Begitu juga bagi mereka yang mengajar kerana hanya mahukan harta dan mereka yang beribadat kerana mahu upah sahaja. Amalan mereka akan diganti dengan api neraka atas upah yang mereka ambil itu. Mereka tidak dapat pahala, tetapi diganti dengan api neraka. Bayangkan betapa beratnya hukuman yang dikenakan.
  2. Orang yang beriman mengharapkan balasan di akhirat, bukan di dunia. Mereka sedar ganjaran di akhirat adalah berlebih-lebih kali ganda daripada apa yang telah dilakukan. Sampaikan ada sahabat yang takut apabila mereka mendapat kemewahan, kerana mereka takut tidak ada balasan bagi mereka di akhirat kelak – kerana mereka lebih pentingkan balasan di akhirat, bukan di dunia.
  3. Kalau buat sesuatu amal ibadat kerana mahukan upah, maka batal amalan yang mereka lakukan. ‘Batal’ bermaksud tidak ada nilai di sisi Allah ﷻ. Kalau solat jenazah, solat mereka batal, tidak sah.

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
Belajar sesuatu? Jom tadabbur Quran sambil minum Kopi CEO. Kopi yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha penjagaan kesihatan adalah dengan mengamalkan minum kopi CEO sehari dua kali. Jika berminat boleh whatsapp saya. Jemputlah subscribe channel telegram saya. Ada banyak info kesihatan dan kaedah rawatan holistik. Insya Allah dapat ilmu bermanfaat. Jom reverse kesihatan TANPA UBAT.

Wednesday, 14 February 2024

Cabar buat ayat sama macam isi Quran


Maka, buatlah surah-surah yang sama setanding itu juga. Bukan banyak, buat sepuluh surah sahaja. Surah yang pendek-pendek pun tidak mengapa. Kalau kamu kata Nabi ﷺ yang buat, tentu kamu pun boleh buat juga, bukan?

"Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: “Dia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Qur’an itu! “katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Qur’an itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”
Hud 14 | Juzuk 12

  1. Musyrikin Mekah ada yang menuduh bahawa Nabi Muhammad ﷺ sendiri mereka-reka ayat-ayat dalam Al-Qur’an itu. Mereka kata Nabi Muhammad ﷺ buat perkara bid’ah (perkara baru) dalam agama pula kerana mereka kononnya berpegang dengan syariat Nabi Ibrahim عليه السلام dan mereka kata Nabi Muhammad ﷺ bawa benda yang baru pula. Padahal, syariat Nabi Ibrahim عليه السلام itu mereka yang telah ubah-ubah dan tambah sendiri ikut suka mereka
  2. Mereka tidak akan boleh hendak membawakan sepuluh surah sepertinya. Jangan kata sepuluh surah, satu surah pun tidak mampu kerana ayat-ayat dalam Al-Qur’an itu bukanlah daripada percakapan manusia sepertimana Allah ﷻ itu tidak sama dengan makhluk.

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
Belajar sesuatu? Jom tadabbur Quran sambil minum Teh Lu Chun. Teh yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha adalah mengamalkan Teh Lu Chun bersama keluarga. Jika berminat boleh whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak info kesihatan pendekatan holistik yang saya kongsikan. Moga-moga bermanfaat. Insya Allah. Jom kembalikan kesihatan TANPA UBAT.

Tuesday, 13 February 2024

Putus Asa Dalam Kehidupan

 


Apabila mereka putus asa dengan kehidupan mereka, mereka sebenarnya putus asa dengan agama, dan seterusnya mereka putus harap dengan Allah.

"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, dia jadi amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur."
Hud 9 | Juzuk 12

  1. Ringkasnya dalam ayat ini Allah ﷻ hendak menekankan yang segala rahmat adalah daripada-Nya.
  2. Rahmat itu boleh dalam pelbagai bentuk: keluarga, kekayaan, kesihatan, kesenangan dan sebagainya.
  3. Nikmat yang kekal hanyalah di Syurga sahaja
  4. Kalau mereka rasa susah di dunia ini, apakah mereka sanggup menanggung kesusahan yang lebih berganda-ganda di Neraka nanti?
  5. Ingatlah juga bahawa apa sahaja nikmat yang diberikan kepada kita, sebenarnya ia adalah ‘amanah’ daripada Allah ﷻ. Ia bukan hak kita.
  6. Kita kena ingat yang semua yang kita ada sekarang adalah pinjaman amanah sahaja. Ia mungkin boleh hilang tiba-tiba. Maka jangan berpegang kuat sangat kepadanya.
  7. Apabila nikmat yang telah diberikan kepada mereka ditarik, mereka putus asa daripada usaha yang mereka telah buat. Inilah sifat kebanyakan manusia
  8. Dia rasa dialah manusia paling malang di dunia ini. Inilah penyakit depresi yang banyak dialami oleh manusia. Ada yang sampai merosakkan diri mereka sendiri dengan melakukan perkara yang tidak baik, seperti pergi main judi, minum arak sampai mabuk-mabuk dan sebagainya. Malah, ada juga yang membunuh diri.
  9. Ingatlah yang kalaupun satu nikmat ditarik oleh Allah ﷻ, ada terlalu banyak lagi nikmat-nikmat lain yang dia masih sedang terima.
  10. Islam mengajar bahawa kalau ada kehilangan atau musibah dalam kehidupan kita, hendaklah kita bersabar. Segala kesusahan dan kekurangan yang kita hadapi dalam dunia ini adalah dugaan buat kita. Selepas diberikan dengan dugaan sebegitu, barulah sifat asal manusia itu akan keluar. Barulah kita tahu dia itu orang yang jenis bagaimana.

🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋
Belajar sesuatu? Jangan lupa bersugi ikut sunnah Nabi saw.

1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.

Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi😬 yang pelbagai manfaat, boleh hubungi saya di talian Whatsapp💬. 𝗗𝗶𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗴𝗶𝗴𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗹, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁, 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗧𝗼𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗙𝗟𝗨𝗢𝗥𝗜𝗗𝗔. Jika kalian ada telegram, jemputlah masuk channel telegram💌 saya. Banyak info tentang kesihatan holistik saya kongsikan. Insya Allah bermanfaat. Jom kembalikan kesihatan 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗧.