Showing posts with label Abdul Rahman bin Auf. Show all posts
Showing posts with label Abdul Rahman bin Auf. Show all posts

Tuesday, 30 January 2024

Berdagang demi akhirat

Antara buku kegemaran saya. Baca sekali tak faham. Baca dua kali masuk otak. Best sangat buku ini. Perasan tak ada alim ulama kaya-raya hidup senang. Kerana mereka berdagang dengan Allah. Allah membalas semua kebaikan mereka atas usaha mereka berdakwah dan membantu agama Allah.

Berdagang dengan Allah dan berdagang dengan manusia ni dua entiti berbeza. Berdagang dengan manusia dapat dunia. Berdagang dengan Allah dapat akhirat, dunia pun akan tunduk. Beli buku ini dan baca kisah Abdul Rahman bin Auf, sahabat Nabi saw yang kaya raya. Seoarang ahli perniagaan yang termasyur di Madinah. Baca kisah beliau macam mana beliau berjaya dalam bidang berniagaan sampai orang yahudi takut dengan beliau dan sebenarnya orang yahudi ramai yang cuba nak jatuhkan beliau. Tapi beliau seorang yang bijak dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah.

🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲
Belajar sesuatu? Lagi best kalau baca buku sambil minum Teh lu Chun, Teh yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha adalah bantu diri kita mencegah dari wabak penyakit atau penyakit kronik. Boleh whatsapp saya jika berminat. Jika kalian ada channel telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak info rawatan holistik yang saya kongsikan. Jom kembalikan kesihatan TANPA UBAT. Alangkah beruntung mereka yang cintakan ilmu.

Hartanya TIDAK PERNAH habis


Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat Nabi saw yang SANGAT KAYA! Terlampau kaya, harta TAK PERNAH HABIS. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pemurah. Beliau lah yang menjaga kebajikan isteri-isteri Nabi saw selepas kewafatan baginda. 

➤ Abdul Rahman menyumbang sebanyak 4000 dirham, 500 kuda perang dan 1500 unta untuk keperluan Perang Tabuk pada tahun ke-9 Hijrah, hampir separuh daripada harta miliknya

➤ Abdul Rahman dengan sikap pemurahnya, beliau pernah menderma sebanyak 50 ribu dinar emas dalam masa hanya satu malam. Abu Umar melaporkan Abdul Rahman pernah membebaskan seramai 30 orang hamba sehari.

➤ Pada ketika Mekah dilanda kemarau panjang, kafilah dagang Abdul Rahman sejumlah 700 ekor unta sarat dengan muatan pulang dari Syam. Beliau menginfakkan semuanya sekali dengan disaksikan oleh Aisyah binti Abu bakar.


➤ Abdul Rahman menjual tanah benilai 40 ribu dinar emas lalu diberikan semuanya kepada saudaranya kepada bani Zuhrah, orang miskin dan keperluan isteri-isteri Nabi Muhammad saw.

Sumber dari buku Abdul Rahman bin Auf penulisan oleh Al-Ghazali.

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱
Belajar sesuatu?

Abdul Rahman bin Auf auf suka menderma sebab Aisyah binti Abu Bakar pernah berkata kepada beliau bahawa, orang kaya paling lambat dihisab. Disebabkan itu, beliau derma, derma, derma, derma nak bagi hartanya habis sebab nak mati miskin supaya cepat hisab. Tapi bila derma, makin bertambah pula hartanya.

Dalam Quran banyak sangat Allah bagi tahu, Allah cintai hambaNya yang buat kebajikan. Nescaya, Allah akan tambah nikmat rezeki. Kita je tak yakin dan mendustakannya. Takut derma takut duit habis, takut buat kebajikan kepada saudara mara terdekat, adik beradik, bagi mak bapa pun kedekut dan sewaktu dengannya. 
Bila saat kita KEDEKUT, tanda kita tak percaya rezeki Allah. Kedekut pada si miskin dan yang memerlukan. Bukan pada member yang duk memanjang pinjam malas kerja. Ini lain cerita.