⭐️Story Time
"Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui"
At-Taubah ayat 103 | Juzuk 11
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Pada ayat sebelumnya dijelaskan adanya sekelompok orang yang mengakui dosa-dosa mereka lalu bertaubat kepada Allah. Kerana penyebab dosa mereka adalah kecintaan kepada harta, maka dalam ayat ini dijelaskan tentang wujud taubat dan ketaatan diantaranya dengan menunaikan zakat. Diperintahkan kepada Nabi Muhammad saw, ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan jiwa mereka dari kekikiran dan cinta yang berlebihan terhadap harta, dan menyucikan hati agar tumbuh subur sifat-sifat kebaikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menumbuhkan ketenteraman jiwa bagi mereka yang sudah lama gelisah dan cemas akibat dosa-dosa yang mereka kerjakan. Sampaikan kepada mereka bahwa Allah Maha Mendengar permohonan ampun dari hamba-Nya, Maha Mengetahui tulus atau tidaknya taubat mereka.
๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ
Belajar sesuatu?
Jom tadabbur Quran sambil minum Kopi CEO, kopi kesihatan yang kaya manfaat dan luar biasa hebat. Untuk maklumat lanjut, boleh WHATSAPP saya
No comments:
Post a Comment