Terdapat beberapa riwayat kitab-kitab tafsir yang menyatakan kelebihan surah al-Waqiah, antaranya:
- Al-Hafiz Abu Ya'la, Ibn Mardawaih, Ibn 'Abd al-Barri dan al-Tha'labi meriwayatkan bahawa ketika Ibn Mas'ud r.a. dalam keadaan sakit sehingga membawa kematiannya, Khalifah 'Uthman b. 'Affan menziarahinya. Beliau menawarkan bantuan kepadanya, tetapi Ibn Mas'ud tidak mahu menerimanya kerana hampir mati. Khalifah menawarkan dana untuk bekalan anak-anaknya setelah dia meninggal, namun Ibn Mas'ud menolak dan mengatakan bahawa dia telah memerintahkan anak-anaknya agar selalu membaca surah al-Waqiah, kerana dia pernah Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan selamanya"
- Ibn 'Asakir meriwayatkan sebuah hadis dari Ibn 'Abbas, bahawasanya Rasulullah saw berkata:
"Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan, bacala ia, dan ajarkan ia kepada anak-anakmu"
- Al-Dailami meriwayatkan pula sebuah hadis dari Anas b. Malik, bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Ajarkanlah kepada isteri-isteri kamu surah al-Waqiah kerana ia adalah surah kekayaan"
Namun hadis-hadis tersebut diragukan kesahihannya, hadis yang pertama tadi menurut Imam Ahmad b. Hanbal, Abu Hatim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi adalah da'if, bahkan menurut Imam Ahmad, hadis tersebut adalah munkar, tidak boleh jadikan pegangan. Demikian lah kedudukan hadis-hadis tersebut sebagai pengetahuan kita semua. Sungguhpun demikian, menjadikan membaca Quran sebagai amalan harian amatlah digalakkan.
Rujukan Surah al-Waqiah terjemahan dan huraian oleh MAIWP
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Belajar sesuatu? Yang sudah istiqomah baca al-Waqiah, teruskan sahaja baca. Baca kerana kita ini hamba Allah. Sebab itu saya lebih suka dapatkan info dari buku lebih sahih berbanding internet. Internet ni macam-macam versi. Jom la baca buku sambil minum Teh Lu Chun. Sekecil-kecil usaha pencegahan penyakit adalam dengan minum Teh Lu Chun. Teh yang kaya manfaat kesihatannya. Jika berminat boleh Whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Di situ ada banyak info kesihatan holistik yang bermanfaat. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment