Assalamualaikum 🌟 Story time
"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan."
Yunus 12 | Juzuk 11
- Manusia akan sentiasa dikenakan dengan kesusahan sebagai ujian bagi mereka. Sememangnya kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian.
- Apabila manusia dikenakan bala, mereka akan bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah ï·» termasuklah golongan musyrikin ini. Waktu mereka terbaring pun, mereka ingat kepada Allah ï·» dan tidak putus-putus mereka berdoa dan mengharap kepada Allah ï·» untuk mengeluarkan mereka daripada masalah yang telah dikenakan kepada mereka.
- Bukan sahaja waktu berbaring, waktu duduk-duduk pun mereka teringat dan berdoa kepada Allah ï·». Kalau tadi teruk sangat sampai terbaring, sekarang sudah boleh duduk kerana Allah ï·» telah angkat sedikit masalah mereka itu tetapi mereka masih lagi berdoa kerana belum baik lagi.
- Apabila manusia ditimpa kesusahan barulah mereka akan ingat Allah ï·» dalam semua keadaan sama ada berbaring, duduk ataupun berdiri. Maknanya, sepanjang masa mereka ingat dan doa kepada Allah ï·» (apabila dalam kesusahan). Doa mereka pula banyak sampai tidak turun tangan mereka
- Orang beriman itu ingat Allah ï·» dalam semua keadaan, ketika masih sihat dan selesa. Orang tidak beriman pula, hanya ingat Allah ï·» apabila sudah ada masalah, sudah sakit dan sebagainya. Yang sepatutnya: Ingatlah Allah ï·» semasa senang, supaya Allah ï·» ingat kita di waktu kita susah.
- Semasa dia susah, bersungguh-sungguh dia berdoa kepada Allah ï·» untuk menghilangkan kesusahannya itu. Namun bila kesusahannya itu diangkat oleh Allah ï·», dia buat biasa sahaja. Macam dia tidak pernah berdoa kepada Allah ï·» untuk mengangkat kesusahannya itu dulu. Dia lupa yang Allah ï·»lah yang telah mengangkat kesusahannya itu.
- Orang yang melampau itu nampak cantik amalan yang dilakukannya itu. Dia sangka dia sudah hebat sangat bila banyak berdoa kepada Allah ï·». Dia lupa bahawa dia hanya banyak berdoa kepada Allah ï·» bila dia mempunyai masalah sahaja. Waktu lain, dia lupa langsung.
🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴
Belajar sesuatu? Apa perasaan kita dengan hal ini, adakah patut? Tentu tidak, bukan? Bayangkan ada orang yang masa dia susah berkali-kali meminta pertolongan kepada kita. Maka kita pun beri pertolongan kepadanya tetapi bila dia sudah selesai masalahnya, jumpa kita pun tidak beri salam langsung. Apakah perasaan anda terhadap orang sebegini? Bangun pagi ni dah bersugi ke belum? Jangan lupa bersugi ikut sunnah Nabi saw.
1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.
Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi😬 yang pelbagai manfaat, boleh hubungi saya di talian Whatsapp💬. Diyakini ubat gigi ini Halal, Selamat, Tanpa Toksin dan Tiada Kandungan FLUORIDA. Jika kalian ada telegram, jemputlah masuk channel telegram✉️ saya. Ianya tentang reverse kesihatan TANPA UBAT. Ilmu itu penting, jangan tunggu sakit baru nak cari ilmu. Allahu.
No comments:
Post a Comment