Friday, 26 January 2024

Buat Wasiat Membazir Duit

 

Isu ini pun ramai sudah orang yang salah faham, sebab itu saya mengajak kalian semua untuk mendengar taklimat pewarisan harta, bagi faham supaya tidak berlaku salah faham bab wasiat dan faraid. IYA, kita TAK PERLU pun buat wasiat sebab kita dah ada faraid. Masih ada lagi dalam kalangan kita mengambil penguam untuk buat wasiat. Nasihat saya, tak perlu kerana HAJAT anda belum tentu tercapai dan membazir duit. Walau apapun, terpulang kepada individu. Tapi INGAT! Bila dah ambil penguam untuk urus harta (buat wasiat semasa hidup), waris anda perlu menyediakan duit jumlah yang agak banyak untuk bayar firma guaman, bayar kos pencairan lagi, dan kos-kos lain lagi dan seandainya waris lain TIDAK SETUJU dengan wasiat tersebut, maka akan TERBATAL. Bila terbatal, hajat si mati tidak sampai. Sebab waris faraid lain ada HAK untuk dapatkan bahagian mereka. Masa ini barulah penguam digunakan. Duit lagi. Selalunya waris TIADA DANA, maka akan jadi harta beku. Harta beku di Malaysia saja sudah 90 billion! Nak jadi calon seterusnya ke?

Ada cara PERCUMA di mana waris TAK PERLU keluar duit satu sen pun nak cairkan aset si mati. Ianya cara yang tepat dan holistik berdasarkan hukum syariah supaya hajat kita sampai. Contohnya, rumah ni betul-betul nak bagi kepada bini. Tidak mahu jadi harta faraid. Solusinya BUKAN wasiat. Untuk pengetahuan lanjut, jom kita set appointment. Dengar dulu taklimat yang saya mahu sampaikan.

Jangan silap langkah dan jangan bazirkan duit kepada perkara yang tiada jaminan untuk capai hajat kita selepas kematian kita. Jangan bagi waris faraid kita bergaduh bab pusaka kita. Motor buruk pun orang berebut tau. Jadilah orang yang bijak dan urus harta semasa hidup.

Nea Daie Mawarith

No comments:

Post a Comment