Semasa saya jadi ejen Takaful dan Unit Trust, sedikit pun saya tidak sentuh, pandang atau ambil tahu tentang cara Nabi saw berniaga, komunikasi dan sebagainya. Saya pilih cara barat. Ikut petua-petua barat. Entah lah macam mana Allah swt ketuk pintu hati saya untuk lebih mengenali Nabi saw. Oleh itu saya memilih untuk mempelajari gaya Nabi saw 100%. Dulu saya dunia..dunia..dunia..sales..sales..sales. Nak kejar sales punya pasal. Memang seronok sangat bila sales tinggi, saya sangat aktif. Tapi satu-satu Allah buka mata saya. Akhirat lebih baik. Dalam Quran banyak kali Allah sebut akhirat lebih baik. Saya bukan lagi ejen Takaful mahupun Unit Trust atas tuntutan suami. Tapi saya kekal sebagai Daie Mawarith yang membantu umat Islam dalam merancang harta mereka semasa hidup. Ini adalah fardhu kifayah. Salah seorang ahli keluarga perlu tahu ilmu ini supaya kita tidak jahil hukum hakam Allah tetapkan. Selain itu, saya juga distributor Shuang Hor, tanggungjawab saya adalah untuk memimpin umat kearah kesihatan berlandaskan tauhid Allah dengan ilmu. Ini lah dua perniagaan yang saya jalankan buat masa sekarang ini secara online di rumah. Saya jadi Queen of the house. Sentiasa sambut kedatangan suami lepas pulang dari kerja. Kerja mencari rezeki, tugas seorang suami. Sebaik-baik wanita adalah berada di rumah. Bukan saya cakap, Allah yang cakap dalam surah Al-Ahzab. Ayat Allah mana kita nak dustakan? Memang akan ada pun dalam kalangan wanita tidak bersetuju duduk rumah jadi isteri atas alasan, dah belajar tinggi-tinggi, tak kan duduk dapur je?
Perniagaan adalah sunnah Nabi saw. Rasulullah saw menceburi bidang berniaga ketika usia 12 tahun. Bermusafir dari Mekah ke Syam kira-kira 900 kilometer jarak perjalanan. Zaman sekarang kalau ada budak bawah umur berniaga, confirm kena kecam. Padahal tidak menjadi masalah pun. Cuma ramai manusia suka tunduk atau pilih sistem. Berniaga ni perlu networking. Sebab itu perlu seawal usia. Ilmu will come together along the way. Jumpa orang ini itu, pergi sana sini, akan banyak ilmu dapat dipelajari. Sekarang ilmu semua dihujung jari saja.
Miqdam merekodkan, Rasulullah saw berkata, "Tidak ada makanan yang lebih baik bagi seseorang kecuali makanan yang diperoleh daripada hasil peluhnya sendiri. Nabi Daud a.s. juga makan dari hasil peluhnya sendiri."
Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Buyu', bab Kasbi Rajuli wa A'amalihi Biyadihi, no. hadith 2072, daripada Miqdam, status hadith sahih)
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Belajar sesuatu? Saya kalau baca buku memang sangat suka minum Teh Oolong (Teh Lu Chun). Teh yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha penjagaan kesihatan dan pencegahan dari penyakit adalah dengan minum Teh Oolong. Dan pastikan ianya adalah Teh Lu Chun tau!. Jika berminat boleh whatsapp saya. Kita bincang sampai jadi. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak ilmu bermanfaat tentan rawatan ilmu. kesihatan holistik yang kita boleh pelajari. Jom kembalikan kesihatan secara fitrah TANPA UBAT.
No comments:
Post a Comment