Friday, 19 January 2024

Ganoderma merosakkan buah pinggang?



Encik Cheng-Chun Ku adalah seorang jurujual profesional yang sudah bekerja lebih dari 20 tahun sejak tahun 1985. Sudah banyak produk Ganoderma yang beliau jual malah pemasarannya adalah di seluruh dunia berjumlah berbilion-bilion dolar. Sebagai penggerak pasaran produk ganoderma, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mendidik ratusan ribu penganjur ganoderma untuk meluaskan pengetahuan.
 
Buku berkaitan Ganoderma adalah salah satu medium yang terbaik sebagai buku rujukan, perlu mempunyai beberapa ciri: mudah dibaca dan difahami, perbincangan saintifik yang tepat, akrab dengan permintaan pasaran pengguna dan lain-lain. Pengarangnya mestilah bukan sekadar penyelidik yang tersorok dalam makmal, tetapi perlu memperolehi ilmu yang luas dan mendalam dalam bidang ini.
 
Sebagai anak kepada ibu orang asli, penulis buku ini Dr. Deng-Hai Chen, sering bersama bapa saudaranya ke pergununggan untuk mengumpul ganoderma liar sejak zaman sekolah menengahnya. Sampai sekarang beliau mengekalkan minatnya bukan untuk niaga tapi untuk ceburi bidang penyelidikan tentang ganoderma. Beliau menamatkan pengajian dari Jabatan Kimia Universiti Cheng Kung Kebangsaan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran di Universiti Normal Taiwan Nasional. Pengarang buku ini, Dr, Deng Hai Chen ditulis dengan cara yang mudah faham dan dijelaskan dari sudut saintifik.
 
Profesor Hong-Zhe Jiang adalah profesor penasihat untuk program sarjana dan kedoktoran penyelidik domestik yang terkenal dalam mikroelemen-germanium, beliau menulis, "Penentuan Kandungan Germanium dalam Ganoderma Taiwan". Sungguh menakjubkan, penyelidikan ini telah pangkah hujah yang dibuat oleh penyelidik ganoderma Jepun yang terkenal di peringkat antarabangsa iaitu Dr. Kazuhiko Asai yang mendakwa bahawa ganoderma adalah produk semula jadi yang mengandungi kuantiti germanium tertinggi (lebih 2,000ppm). Yang sebenar-benarnya semua spesis ganoderma, kandungan germanium adalah lebih kurang 0.01 hingga 0.1ppm (jumlah yang terlalu kecil untuk menunjukkan sebarang keberkesanan). Apa yang membatalkan idea Dr. Asai bahawa "ganoderma mengandungi jumlah germanium yang tinggi" ialah kaedah penentuan tepat pertama di dunia untuk germanium dalam ganoderma, yang ditubuhkan oleh Dr. Deng-Hai Chen pada masa itu. Kesilapan penyelidikan Dr. Asai (menggunakan pemeriksaan ultraunggu yang tidak betul) akhirnya didedahkan oleh bukti saintifik yang paling tepat. 
 
Sejurus selepas mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1994, Dr Deng-Hai Chen memasuki institusi bioteknologi yang terkenal dan meneruskan  penyelidikan tentang ganoderma. Pasukan penyelidikan telah membuat banyak pencapaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam kedua-dua industri dan akademi ganoderma domestik sejak beberapa tahun ini.
 
Sebagai contoh, mereka menerbitkan kajian penyelidikan pertama mengenai klasifikasi G. Lucidum dan G. Tsugae ganoderma triterpenoids dalam "Journal of the Chinese Chemical Society". Sejak itu, semakin ramai orang menyedari bahawa, asid ganoderik berasal dari G. Tsugae dan bukanya G. Lucidum. Dalam laporan ini mereka menerangkan kaedah pengasingan mudah untuk asid ganoderik A, B, C dan D. Selain itu, pada tahun 2001, pasukan penyelidik menggabungkan Spektrometri Inframerah Fourier - Transform dengan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPLC) untuk mengenal pasti bahan mentah produk ganoderma di pasaran.  Kaedah pengesahan baharu sedemikian diterbitkan dalam "Journal of the Chinese Chemical Society". Pada tahun 2003, mereka menerbitkan artikal pertama di dunia mengenai penilaian penentuan HPLC asid ganoderik menggunakan 9 piawaian dalam "Journal of Food and Drug Analysis"

Sumber Rujukan dari Buku Ganoderma The Ultimate Herbal Medicine

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Belajar sesuatu? Jadi, jangan lah kita ragu-ragu makan Lingzhi. Semuanya ada kajian dan terbukti selamat melalui kajian yang telah dijalankan. Untuk dapatkan Lingzhi, boleh hubungi saya di talian WHATSAPP. Dan untuk mereka yang ada telegram, jemputlah untuk subscribe channel telegram saya. Ada banyak info kesihatan yang bermanfaat yang kita sama-sama boleh pelajari. Jangan tunggu sakit baru nak belajar, kena ambil tahu mulai hari ini. 

No comments:

Post a Comment