Tuesday, 30 January 2024

Hartanya TIDAK PERNAH habis


Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat Nabi saw yang SANGAT KAYA! Terlampau kaya, harta TAK PERNAH HABIS. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pemurah. Beliau lah yang menjaga kebajikan isteri-isteri Nabi saw selepas kewafatan baginda. 

➤ Abdul Rahman menyumbang sebanyak 4000 dirham, 500 kuda perang dan 1500 unta untuk keperluan Perang Tabuk pada tahun ke-9 Hijrah, hampir separuh daripada harta miliknya

➤ Abdul Rahman dengan sikap pemurahnya, beliau pernah menderma sebanyak 50 ribu dinar emas dalam masa hanya satu malam. Abu Umar melaporkan Abdul Rahman pernah membebaskan seramai 30 orang hamba sehari.

➤ Pada ketika Mekah dilanda kemarau panjang, kafilah dagang Abdul Rahman sejumlah 700 ekor unta sarat dengan muatan pulang dari Syam. Beliau menginfakkan semuanya sekali dengan disaksikan oleh Aisyah binti Abu bakar.


➤ Abdul Rahman menjual tanah benilai 40 ribu dinar emas lalu diberikan semuanya kepada saudaranya kepada bani Zuhrah, orang miskin dan keperluan isteri-isteri Nabi Muhammad saw.

Sumber dari buku Abdul Rahman bin Auf penulisan oleh Al-Ghazali.

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱
Belajar sesuatu?

Abdul Rahman bin Auf auf suka menderma sebab Aisyah binti Abu Bakar pernah berkata kepada beliau bahawa, orang kaya paling lambat dihisab. Disebabkan itu, beliau derma, derma, derma, derma nak bagi hartanya habis sebab nak mati miskin supaya cepat hisab. Tapi bila derma, makin bertambah pula hartanya.

Dalam Quran banyak sangat Allah bagi tahu, Allah cintai hambaNya yang buat kebajikan. Nescaya, Allah akan tambah nikmat rezeki. Kita je tak yakin dan mendustakannya. Takut derma takut duit habis, takut buat kebajikan kepada saudara mara terdekat, adik beradik, bagi mak bapa pun kedekut dan sewaktu dengannya. 
Bila saat kita KEDEKUT, tanda kita tak percaya rezeki Allah. Kedekut pada si miskin dan yang memerlukan. Bukan pada member yang duk memanjang pinjam malas kerja. Ini lain cerita.

No comments:

Post a Comment