Baru-baru ini saya menerima mesej menyatakan jika berlaku kematian suami yang menjadi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), isteri tidak berhak ke atas wang simpanan suaminya itu walaupun dia penama yang didaftarkan suaminya. Sebaliknya mengikut hukum syariah, simpana KWSP itu adalah harta pusaka. Harta itu perlu difaraidkan kepada adik beradik (waris) suami setelah menyelesaikan hutang-piutangnya.
Bagaimana hak isteri sebagai penama mutlak ke atas simpanan KWSP suaminya? Adakah pembahagian harta mengikut hukum faraid tetap mengutamakan adik-beradik walaupun si mati mempunyai anak lelaki sebagai waris keluarga? Selain itu, adakah KWSP yang dihibahkan masih lagi tertakluk kepada hukum faraid?
KWSP mengusahakan kaedah pengurusan wang simpanan ahli supaya ia dapat diuruskan dengan mudah apabila berlaku kematian ahlinya. Pada masa ini, KWSP menyediakan borang dengan menyatakan tugas penama. Penama adalah satu pengisytirahan secara bertulis dibuat ahli dalam borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai benefisiari atau wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP apabila ahli itu meninggal dunia.
Penamaan itu bertujuan untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera TANPA mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Penamaan itu berkuatkuasa pada tarikh borang penamaan diterima di mana-mana pejawab KWSP.
Merujuk kepada persoalan ini, harta penama itu dikira sebagai harta pusaka orang yang melakukan penamaan. Penama hanya berperanan sebagai wasi saja dan bukan harta hibah, harta pemberian atau harta wasiat, maka hendaklah memenuhi syarat termaktub dalam undang-undang Islam.
Ia hendaklah ditadbir individu yang diberi hak oleh undang-undang yang akan menghantar surat perintah pembahagian supaya penama mengeluarkan wang itu dari institusi kewangan dan disertakan bersama-sama panduan pembahagian harta pusaka berdasarkan faraid (sijil faraid), seterusnya membahagikannya kepada semua ahli waris yang berhak mengikut kadar yang ditentukan.
Jika penama sendiri enggan mengeluarkan harta itu dan meminta Pegawai Penyelesaian Pusaka Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pemegang Amanah Raya, menguruskannya ikut faraid, maka penama hendaklah menulis surat kepada pihak yang dinyatakan. Melalui surat itu, pihak berkenaan akan membahagikan ia mengikut faraid. Masalah yang mungkin timbul apabila, penama yang mengeluarkan sendiri harta itu tetapi enggan membahagikannya kepada ahli waris yang berhak menurut hukum faraid.
Dia boleh bertindak demikian. Jika diteliti dari sudut undang-undang Islam, seorang Muslim hendaklah menjaga dan menguruskan amanah dengan baik kerana matlamat pengurusan harta itu adalah untuk memelihara kesejahteraan dan menghindari kemudaratan.
Justeru, individu yang layak menguruskan harta atau mempunyai keahlian yang sempurna menurut syarak ialah individu yang sempurna akal, sejahtera jiwanya, tidak membazirkan harta, mampu mengurus harta dengan baik serta sihat tubuh badannya supaya tidak mengganggu keupayaan menguruskan harta.
Selepas penama itu mendapat haknya, daripada simpanan KWSP, penama atau isteri wajib membuat pembahagian kepada waris yang layak. Waris yang layak mendapat harta pusaka suami adalah waris yang diperintahkan oleh mahkamah syariah melalui permohonan sijil faraid. Sekiranya suami meninggalkan isteri dan anak saja termasuk anak lelaki, adik beradik suami tidak tersenarai sebagai waris yang layak menerima pusaka.
Merujuk kepada hibah wang KWSP, ia tidak termasuk dalam konsep hibah yang diharuskan oleh syarak. Ini kerana wang yang dihibahkan tidak berada dalam milikan atau pegangan si pemberi untuk diberi kepada si penerima. Malah jika dihibahkan, penerima masih tidak dapat memiliki wang itu kerana ianya boleh dikeluarkan selepas berlaku kematian si pemberi. Jika berlaku kematian harta atau wang simpanan yang ditinggalkan menjadi harta pusaka si mati dan bukannya harta milik si pemberi hibah
Terima kasih kepada Soal Jawab Faraid
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Belajar sesuatu? Ada cara lain sebenarnya untuk pastikan KWSP itu kita nak hibahkan kepada orang yang kita sayang. Untuk pengetahuan lanjut boleh set appt dengan saya. Kita bincang sampai jadi.
Belajar sesuatu? Ada cara lain sebenarnya untuk pastikan KWSP itu kita nak hibahkan kepada orang yang kita sayang. Untuk pengetahuan lanjut boleh set appt dengan saya. Kita bincang sampai jadi.
Nea Daie Mawarith
Perunding Pewarisan Harta Islam
#PakarHibah #PakarPusaka
No comments:
Post a Comment