Sepanjang 5 tahun saya menjadi daie mawarith, saya sudah ketemu banyak kes ketidakpuasan hati dalam bab pusaka. Secara tidak langsung, saya TERLIBAT dalam drama kisah mereka yang tiada kesudahan dek ada dalam kalangan ahli keluarga yang membolot harta dan TAMAK.
Ini berpunca gara-gara tidak ada kefahaman dalam pembahagian faraid dan juga TIDAK merancang harta semasa hidup. Sudah saya approach banyak kali membawa ilmu bermanfaat tetapi masih tidak mahu merancang dan bertangguh-tangguh. Akhirnya, kematian terjadi maka waris-waris SEMUA KALUT. Perebutan tanah felda la, isteri kedua tamak la, penguam bersubahat la, waris tak beri kerjasama la, kes bolot harta la.
Minta maaf saya katakan, saya hanya boleh bantu rancang semasa hidup sahaja. Bila nasi dah jadi bubur, bukan saya orang yang anda patut cari tapi pergilah ke pusaka kecil atau ke mahkamah tinggi. Dan sediakanlah duit secukupnya. Sudah saya offer pencairan PERCUMA tapi ada dalam kalangan mereka menolak, maka hari yang dinanti-nantikan itu telah tiba. Maaf, saya tidak dapat bantu.
TAPI, seandai TIADA pergaduhan antara waris bab pusaka si mati, dan tidak tahu cara nak mengurus, BOLEH CARI SAYA. Kalau ada pergaduhan, pihak syarikat memang akan tidak ambil.
Kenapa manusia nak kejar dunia yang bangkai dan busuk ini? Nasihat saya, lepaskan sahaja hak anda. Tak guna berdebat. Allah tak suka tapi syaitan suka. Rezeki masing-masing ada di langit. Bagi saja dunia pada si TAMAK. Buat apa yang Allah suka. Janganlah bergaduh kerana dunia.
Jadi tunggu apa lagi. Rancang kerana sayang. Jangan sampai waris kita bertelagah kerana perebutan pusaka. Motor buruk pun ahli waris berebut. YES, MOTOR BURUK pun boleh jadi isu. Jadi, jangan main-main dengan isu ini. Belajar la ilmu pewarisan harta islam. Ini fardhu Kifayah. Setiap ahli keluarga mesti tahu ilmu ini.
Nea Daie Mawarith
Perunding Pewarisan Harta Islam
#PakarHibah #PakarPusaka
No comments:
Post a Comment