Sunday, 28 January 2024

Manusia zalim dan bodoh

Ini dua hal yang berbeza. Dalam Quran banyak sudah Allah pesan hal ini. Tidak kah kamu guna akal kamu untuk berfikir? Jika kita pilih kebajikan, nescaya dunia akan ikut, rezeki tidak sempit dan tak putus, Allah tinggikan kedudukan kita, walau ditimpa ujian bertubi-tubi, Allah akan bantu dan macam-macam lagi Allah janji kepada kita jika kita belanjakan ia kearah kebajikan. Dengan buat kebajikan yang Allah suka, kita akan dapat macam-macam rezeki dari setiap penjuru. Bukan sahaja rezeki duit tapi rezeki ketenangan, isteri baik, anak soleh dan sewaktu dengannya. Kita tidak perlu risau duit tak cukup, sales jatuh ke dan sewaktu dengannya. Allah dah susun cantik punya. Cuma kita tidak percaya, kita dustakan ayat Allah maka kita lebih suka pilih dunia. Okay. Dengan itu dalam Quran Allah ada juga banyak kali bagi tahu. Jika kita minta dunia, YES, Allah akan bagi punya tapi kita tidak akan dapat akhirat. Bukan saya yang kata. Ni qalam Allah. Cuba tadabbur nanti jumpa la ayat-ayat ini. Malangnya rata-rata kita TAKUT masa depan dengan bisikan bisikan seperti kalau sales jatuh macam mana? Kalau duit tak cukup macam mana? Ini semua KHAYALAN yang kita sendiri cipta. Belum jadi apa-apa sudah buruk sangka pada rezeki kurniaan Allah. Tidak kah kamu tahu bahawa Allah beri kita semua rezeki dengan KADAR YANG CUKUP? Ni bukan saya cakap ye, dalam Quran ada Allah sebut. Baca, nanti jumpa ayat tu. Manusia ni memang zalim dan bodoh. Dan sedikit sahaja yang mensyukuri nikmatKu. Ayat ni pun Allah ada sebut dalam Quran. 
 

No comments:

Post a Comment