Monday, 29 January 2024

Menolak ajakan Baginda saw kerana degil

 


Assalamualaikum 🌟 Story Time

"Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”.
At-Taubah 129 | Juzuk 11

  1. Dan kalau sudah sifat Nabi macam itu tapi mereka berpaling juga, itu memang perangai yang amat teruk sekali. Bukanlah salah baginda saw dalam dakwah atau dalam bergaul dengan manusia lain. Memang kalau ada yang menolak ajakan baginda, itu adalah kerana degil sahaja, bukan kerana sebab lain.
  2. Dan begitulah Rasulullah disuruh untuk katakan: cukuplah Allah swt bagi baginda saw. Ini adalah kerana tugas baginda saw (dan kita) hanya menyampaikan sahaja kepada manusia. Jadi ini adalah penawar bagi baginda saw di atas penolakan mereka itu.
  3. Tauhid lah perkara yang paling penting sekali. Walaupun ia paling penting, tapi ramai yang tidak ambil peduli. Dan kerana tidak faham Tauhid, maka ramai yang buat amalan syirik tanpa mereka sedari. Ini adalah kerana cara masyarakat kita belajar tauhid tidak betul. Sepatutnya ajaran tauhid diambil dari Al-Qur’an tapi ramai yang tidak faham Al-Qur’an.
  4. Kita cuma boleh berusaha sahaja, tapi dalam semua perkara, Allah swt sahaja yang menentukan sama ada berjaya atau tidak. Tapi yang penting adalah usaha kita itu. Kita dibalas bukan atas kejayaan, tapi atas usaha kita.
  5. Allah swt memiliki Arasy, makhluk yang terbesar sekali. Arasy itu di kedudukan yang paling tinggi. Ini adalah sebagai isyarat bahawa Allah swt menguasai segala alam ini dan berada di tempat yang tinggi. Semua makhluk — mulai dari langit, bumi, dan segala sesuatu yang ada pada keduanya serta segala sesuatu yang ada di antara keduanya— berada di bawah ‘Arasy dan tunduk patuh di bawah kekuasaan Allah.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Belajar sesuatu? Jom Tadabbur Quran sambil minum Kopi CEO. Kopi yang kaya dengan manfaat kesihatan. Untuk sebarang pembelian boleh 𝗪𝗛𝗔𝗧𝗦𝗔𝗣𝗣 saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗰𝗿𝗶𝗯𝗲 𝗰𝗵𝗮𝗻𝗻𝗲𝗹 𝘁𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 saya. Ianya info tentang kembalikan kesihatan secara holistik 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 ubat. Insya Allah. Moga-moga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment