Assalamualaikum 🌟 Story Time
Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.
Yunus 13 | Juzuk 11
- ‘Kamu’ yang dimaksudkan dalam ayat ini asalnya adalah Musyrikin Mekah. Namun sekarang ia ditujukan kepada kita yang sedang membaca ayat ini dan kepada orang-orang zaman sekarang dan seterusnya hingga ke akhir zaman. Jangan kita sangka ayat-ayat Al-Qur’an ini hanya ditujukan kepada orang lain sahaja tetapi hendaklah kita merasa Allah ﷻ sedang berkata-kata dengan kita.
- Mereka yang dimusnahkan itu adalah kerana mereka telah berbuat kezaliman. Ada berbagai-bagai jenis kezaliman yang manusia lakukan. Kezaliman yang paling tinggi adalah apabila manusia melakukan syirik kepada Allah ﷻ. Kemudian mereka menolak dakwah daripada rasul-rasul mereka.
- Mereka itu sudah diberi dengan peringatan yang banyak. Allah ﷻ tidak akan memusnahkan sesuatu kaum itu melainkan mereka telah diberi peringatan dan setelah diberi peringatan itu, mereka ingkar. Kerana itulah kita katakan yang Allah ﷻ tidak zalim sama sekali kerana segala peringatan telah diberi.
- Namun tetap mereka tidak ambil pengajaran. Macam orang kita juga, walaupun tahu kebenaran, tetapi masih tidak mahu terima.
- Tidak kira siapa mereka, sekiranya mereka zalim bermaksud mereka telah berdosa, maka mereka akan diberi balasan yang buruk. Ini adalah ancaman daripada Allah ﷻ yang amat banyak sekali disebut dalam Al-Qur’an.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Belajar sesuatu? Jom lah tadabbur Quran sambil minum Kopi CEO. Kopi yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit adalah mengamalkan Kopi CEO sehari dua kali. Jika berminat boleh whatsapp saya. Kita bincang sampai jadi. Jika anda ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak ilmu bermanfaat tentang kedah rawatan holistik. Jom sihat dan kembalikan kesihatan TANPA UBAT.
No comments:
Post a Comment