Friday, 19 January 2024

Undang-undang yang datang dari Allah swt


Agama itu ialah segala undang-undang yang datang dari Allah swt kepada Rasul-RasulNya kemudian disampaikan kepada segala umat. Undang-undang Allah Taala ada 5 perkara:
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Haram
  4. Makhruh
  5. Harus
Maka tiap-tiap daripada apa kerja kita semua tidak keluar daripada salah satu daripada lima undang-undang tersebut. Ramainya orang tidak mengenal agama, hanya pandai menyebut, pandai menulis jua dengan dalilnya. Ramai orang tidak menurut undang-undang agama tersebut. Kalau begitu hendaklah kita semua mempelajari agama bersungguh-sunguh sehingga kita faham. Terbentuknya agama itu atas tiga perkara iaitu:
  1. Islam. Orang-orang yang tidak mengerjakan lima perkara ini, mereka tidak ada asas dan tunjang pada agama Islam. Seperti binaan yang tidak akan ada asas tunjang maka akan runtuh. Rukun Islam ada 5 perkara:
    • Mengucap dua kalimah Syahadah
    • Solat 5 waktu
    • Memberi zakat
    • Puasa di bulan Ramadan
    • Menunaikan Haji bagi yang mampu
  2. Iman. "Dan barang siapa kafir ia, yakni tidak percaya dan tidak mengaku sungguh dengan Allah Taala dan dengan segala malaikatnNya dan dengan segala kitabNya dan sekalian RasulNya dan hari Akhir, yakni hari kiamat, maka sesungguhnya sesat ia sebagai sesat yang jauh." (An-Nisa, 136). Rukun Iman ada 6 perkara:
    • Percaya kepada Allah swt
    • Percaya kepada Malaikat
    • Percaya kepada Kitab
    • Percaya kepada Rasul-rasul
    • Percaya kepada Hari Kiamat
    • Percaya kepada Qadha' dan Qadar
  3. Ihsan. Adalah berbuat baik. Ianya syarat bagi kesempurnaan agama Islam bukan syarat bagi sah agama Islam. 
Rujukan dari Rislah Al-Misbah Al Munir Fi Ma'rifatillah Al-Qadir oleh Abdul Aziz bin Ismail Al-Fathani

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Belajar sesuatu? Jom minum Teh Lu Chun, teh yang kaya manfaat kesihatan. Ianya adalah teh oolong yang ditambah ekstrak Lingzhi. Sifat teh ini natural. Maksudnya, sesuai untuk semua keadaan sama ada penyakit panas/sejuk atau tiada penyakit. Jika berminat boleh WHATSAPP saya. Jika kalian mencintai ilmu kesihatan holistik, boleh subscribe channel telegram saya. Ianya adalah platform untuk kembalikan kesihatan secara fitrah TANPA UBAT.

No comments:

Post a Comment