"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur’an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
Yunus 57 | Juzuk 11
- Al-Qur’an sekarang sedang bercakap kepada semua manusia. Kerana Al-Qur’an ini bukan untuk orang Islam sahaja tetapi kepada semua manusia.
- Al-Qur’an sememangnya mengandungi nasihat yang amat besar. مَّوْعِظَةٌ adalah jenis nasihat yang menjadikan hati lembut dan terbuka untuk menerima. Apabila hati sudah menjadi lembut, maka senang untuk diajak kepada Allah ﷻ dan taat kepada-Nya. Kesan ajakan keduniaan akan berkurangan. Hati mula ingat kepada Akhirat. Oleh itu jika hati keras, hendaklah selalu membaca Al-Qur’an supaya dapat melembutkan hati itu.
- Al-Qur’an sebagai pemberi nasihat utama kepada manusia. Nasihat itu datang dari Allah. Oleh itu, ia sepatutnya diterima dengan senang hati tenang. Kita kena ambil perhatian dengan nasihat yang diberikan
- Al-Qur’an adalah penawar bagi penyakit-penyakit hati. Ia juga adalah sebagai penawar kepada bisikan syaitan juga.
- Pernah ada sahabat datang kepada Nabi ﷺ dan mengadu bahawa hatinya tidak tenang. Nabi ﷺ telah menyuruh sahabat itu membaca Al-Qur’an. Jelas bahawa Al-Qur’an itu dapat menenangkan hati.
🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄
Belajar sesuatu? Jom tadabbur Quran sambil minum Kopi CEO. Sekecil-kecil usaha penjagaan kesihatan adalah dengan mengamalkan Kopi CEO setiap hari. Jika berminat boleh whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak ilmu kesihatan holistik yang saya kongsikan. Insya Allah bermanfaat. Jom kembalikan kesihatan secara fitrah dan TANPA UBAT.
No comments:
Post a Comment