- Ini adalah peringatan seterusnya dalam ayat ini: hendaklah sentiasa meminta ampun daripada perbuatan syirik, bid’ah, dosa besar dan kecil yang kita pernah buat. Kadang-kadang kita tahu perbuatan salah yang kita lakukan dan kadang kita tidak tahu. Kita tidak tahu itu mungkin kerana kita tidak belajar lagi dan oleh kerana itu kita tidak tahu manakah kesalahan yang kita telah lakukan. Kita hendaklah meminta ampun segalanya sekali.
- Bertaubat itu pula bermaksud sedar tentang kesalahan yang ‘sedang’ kita lakukan dan berazam untuk tidak akan membuat lagi dosa yang kita telah buat. Bukan itu sahaja, kita hendaklah mengubah cara hidup kita selepas bertaubat itu. Ini adalah kerana, daripada lafaz ‘taubat’ itu, ia membawa maksud ‘kembali’.
- Selalu kita sangka ‘istighfar’ dan ‘taubat’ adalah perkara yang sama.
- ‘Istighfar’ itu adalah kita sedar bahawa kita sudah bersalah, kita sudah banyak buat dosa. Kita menyesal dengan perbuatan salah yang kita telah buat selama ini. Kemudian, setelah kita istighfar, barulah kita bertaubat – kembali kepada Allah. Maka istighfar adalah untuk dosa masa lalu dan taubat adalah azam untuk masa depan.
- Kenapa nikmat yang besar diberikan kepada mereka yang istighfar dan taubat, sedangkan bukankah mereka itu telah melakukan kesalahan?
Jawapan: Ini adalah kerana mereka yang istighfar dan taubat itu adalah mereka yang mengaku mereka telah melakukan kesalahan. Ini adalah satu perkara yang susah hendak dilakukan. Ramai yang buat salah, tetapi mereka tidak mahu mengaku. Mereka hendak juga mengatakan yang mereka tidak melakukan kesalahan. Kalau ditegur, mereka akan beri berbagai-bagai alasan untuk menjustifikasikan kesalahan yang mereka telah lakukan.
Kita tidak tolak yang nikmat yang dimaksudkan itu boleh sahaja bermaksud nikmat dari segi harta. Allah ﷻ beri harta yang berlimpah ruah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Allah ﷻ boleh beri rezeki dari tempat yang tidak disangka-sangka.
Penghalang kepada nikmat dan rahmat adalah dosa. Allah ﷻ tahan daripada memberi rahmat kepada kita kalau kita banyak melakukan dosa. Maka musibah dan azab yang kita sedang hadapi di dunia adalah kerana dosa kita maka mohonlah ampun ke atas dosa-dosa kita.
Di dunia, mereka telah mendapat kesenangan hidup. Kemudian, di Akhirat, mereka akan mendapat balasan yang baik juga lagi, malah lebih lagi daripada yang mereka terima semasa di dunia.
Kita akan mendapat ‘kelazatan’ dalam melakukan amalan kebaikan itu. Itu adalah taufik daripada Allah ﷻ. Allah ﷻ yang gerakkan hati kita untuk suka membuat amalan baik kerana Allah ﷻ hendak beri balasan kepada kita.
Kalau terus melakukan dosa, kemudian tidak mahu istighfar dan taubat, maka Allah ﷻ boleh kenakan azab kerana perbuatan dosa boleh menyebabkan kita dikenakan azab di dunia lagi dan terlebih lagi di akhirat.
Pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan untuk membantu manusia membuat keputusan di antara manusia yang mereka perselisihkan dan perkara yang mereka mahukan kebenaran
Friday, 9 February 2024
Dosa Penghalang Kepada Ibadah dan Nikmat
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)"
Hud 3 | Juzuk 11
🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊
Belajar sesuatu? Jom tadabbur Quran sambil minum Teh Lu Chun. Teh yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha penjagaan kesihatan adalah dengan mengamalkan minum Teh Lu Chun seisi keluarga. Jika berminat boleh whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak ilmu pendekatan rawatan holistik yang saya kongsikan. Insya Allah bermafaat. Jom kembalikan kesihatan secara fitrah TANPA UBAT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment