"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Yunus 107 | Juzuk 11
- Mudarat itu ada banyak jenis. Ia merangkumi semua perkara yang kita tidak suka. Sama ada dari segi fizikal atau mental. Yang berbentuk fizikal contohnya kita sakit, hutang banyak, duit tidak cukup dan sebagainya. Yang berbentuk mental atau emosi seperti ketakutan, tekanan, resah gelisah, tiada barakah dalam kehidupan dan sebagainya. Ada mudarat yang boleh nampak dengan mata, ada yang tidak nampak kerana ia perkara di dalam hati. Kita nampak seseorang itu biasa sahaja, padahal, dia sedang menanggung mudarat yang besar.
- Kadangkala Allah ﷻ uji kita dengan mudarat walaupun kita tidak ada salah pun. Setelah berusaha sekian lama, masih tidak dapat kerja. Atau dia sudah jaga kesihatannya, tetapi masih jatuh sakit juga. Itu kita kena redha kerana itu semua adalah ujian.
- Sekiranya kita sakit contohnya, Allah ﷻ sahaja yang boleh menyembuhkan kita. Begitu juga dengan masalah-masalah yang lain. Allah ﷻ sahaja yang boleh menyelesaikan masalah itu. Maka, kepada siapa lagi kita mesti meletakkan harapan kita? Kepada Allah ﷻ sahaja. Maka, jangan berdoa kepada yang lain.
- Malangnya yang diajar oleh puak yang sesat dan jahil agama: Kalau terkena bala, kena ada amalan yang khurafat, seperti ‘Mandi Bunga’. Mereka kata, kalau mandi bunga, bala akan diangkat. Ini bukan selesai masalah, tetapi ‘tambah’ masalah. Atau, ada yang kata kena jumpa ‘ustaz’. Kenapa hendak jumpa ustaz, bukan ustaz itu boleh buang bala itu.
- Ia mengingatkan kita bahawa Allah ﷻlah yang memberi kebaikan kepada kita. Oleh itu, janganlah berbangga sangat, kerana bukan usaha kita sangat pun (walaupun kita tetap kena usaha) kerana ia adalah pemberian daripada Allah ﷻ. Hendaklah kita berterima kasih kepada Allah ﷻ.
- Allah ﷻ mengingatkan kita dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani kerana selepas diberikan dengan musibah, Allah ﷻ akan memberi kebaikan kepada manusia. Allah ﷻ sentiasa memberi kebaikan kepada manusia setiap masa.
🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉
Belajar sesuatu? Jangan lupa bersugi ikut sunnah Nabi saw.
1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.
Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi😬 yang pelbagai manfaat, boleh hubungi saya di talian Whatsapp💬. 𝗗𝗶𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗴𝗶𝗴𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗹, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁, 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗧𝗼𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗙𝗟𝗨𝗢𝗥𝗜𝗗𝗔. Jika kalian ada telegram, jemputlah masuk channel telegram💌 saya. Ianya tentang reverse kesihatan𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗧. Ilmu itu penting, jangan tunggu sakit baru nak cari ilmu. Allahu.
No comments:
Post a Comment