"Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan"
Yunus 23 | Juzuk 11
- Selepas mereka selamat, mereka berbuat zalim iaitu mereka melakukan syirik tanpa dalil. Mereka juga melakukan amal-amal yang mungkar. Yang paling besar adalah syirik. Tidak ada dalil membenarkan perbuatan yang mereka lakukan itu.
- Sekiranya kita derhaka dan berlaku zalim, maka kita sendiri yang akan mendapat kesan keburukan daripadanya. Selalunya orang zalim itu menyangka orang lain yang terkena akibat daripada kezaliman mereka, namun Allah ﷻ beritahu di sini bahawa yang membuat zalim itu yang akan terkena akibatnya. Orang yang buat syirik pula sangka mereka tidak akan dikenakan apa-apa tetapi Allah ﷻ kata perbuatan mereka itu akan menyusahkan mereka. Ini kerana mereka akan dibalas di akhirat kelak jika tidak dibalas di dunia lagi. Kita tidak dapat lari daripada balasan itu.
- Kamu buat segala kesalahan itu kerana tertipu dengan kehidupan dunia. Kamu mungkin sangka kamu yang akan mendapat keuntungan di dunia dengan berbuat zalim kepada orang lain, berbuat dosa dengan menindas orang lain dan sebagainya, tetapi itu semua adalah keuntungan yang sementara sahaja di dunia.
🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽
Belajar sesuatu? Jom tadabbur Quran sambil minum Kopi CEO. Kopi yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha penjagaan kesihatan adalah dengan mengamalkan Kopi CEO setiap hari. Insya Allah. Jika berminat boleh whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Ada banyak info bermanfaat tentang rawatan kesihatan holistik. Jom kembalikan kesihatan secara fitrah TANPA UBAT.
No comments:
Post a Comment