Apabila mereka putus asa dengan kehidupan mereka, mereka sebenarnya putus asa dengan agama, dan seterusnya mereka putus harap dengan Allah.
"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, dia jadi amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur."
Hud 9 | Juzuk 12
- Ringkasnya dalam ayat ini Allah ๏ทป hendak menekankan yang segala rahmat adalah daripada-Nya.
- Rahmat itu boleh dalam pelbagai bentuk: keluarga, kekayaan, kesihatan, kesenangan dan sebagainya.
- Nikmat yang kekal hanyalah di Syurga sahaja
- Kalau mereka rasa susah di dunia ini, apakah mereka sanggup menanggung kesusahan yang lebih berganda-ganda di Neraka nanti?
- Ingatlah juga bahawa apa sahaja nikmat yang diberikan kepada kita, sebenarnya ia adalah ‘amanah’ daripada Allah ๏ทป. Ia bukan hak kita.
- Kita kena ingat yang semua yang kita ada sekarang adalah pinjaman amanah sahaja. Ia mungkin boleh hilang tiba-tiba. Maka jangan berpegang kuat sangat kepadanya.
- Apabila nikmat yang telah diberikan kepada mereka ditarik, mereka putus asa daripada usaha yang mereka telah buat. Inilah sifat kebanyakan manusia
- Dia rasa dialah manusia paling malang di dunia ini. Inilah penyakit depresi yang banyak dialami oleh manusia. Ada yang sampai merosakkan diri mereka sendiri dengan melakukan perkara yang tidak baik, seperti pergi main judi, minum arak sampai mabuk-mabuk dan sebagainya. Malah, ada juga yang membunuh diri.
- Ingatlah yang kalaupun satu nikmat ditarik oleh Allah ๏ทป, ada terlalu banyak lagi nikmat-nikmat lain yang dia masih sedang terima.
- Islam mengajar bahawa kalau ada kehilangan atau musibah dalam kehidupan kita, hendaklah kita bersabar. Segala kesusahan dan kekurangan yang kita hadapi dalam dunia ini adalah dugaan buat kita. Selepas diberikan dengan dugaan sebegitu, barulah sifat asal manusia itu akan keluar. Barulah kita tahu dia itu orang yang jenis bagaimana.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Belajar sesuatu? Jangan lupa bersugi ikut sunnah Nabi saw.
1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.
Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi๐ฌ yang pelbagai manfaat, boleh hubungi saya di talian Whatsapp๐ฌ. ๐๐ถ๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐ป๐ถ ๐๐ฏ๐ฎ๐ ๐ด๐ถ๐ด๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐น, ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐, ๐ง๐ฎ๐ป๐ฝ๐ฎ ๐ง๐ผ๐ธ๐๐ถ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ง๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐จ๐ข๐ฅ๐๐๐. Jika kalian ada telegram, jemputlah masuk channel telegram๐ saya. Banyak info tentang kesihatan holistik saya kongsikan. Insya Allah bermanfaat. Jom kembalikan kesihatan ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐จ๐๐๐ง.
No comments:
Post a Comment