"Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar"
67:12
Ayat ni Allah nak beri tahu kita buat sesuatu supaya kita yakin kepada kebesaran Allah. Kenapa kena takut pada Allah? Sebab Dia Pencipta. Lagi tak masuk akal bila kita takut makhluk. Orang yang takut hantu tak waras. Lepas tu diajar anaknya untuk takut hantu, "ha, masuk cepat! Kat luar ada hantu!". Perbuatan ini lagi tidak waras. Orang yang takut Allah membawa kesan takut pada azab Allah, maka dia akan takut mengumpat, takut dedah aurat, takut melawan suami, takut menipu dan sebagainya. Orang yang buat dosa sebab dia tak kenal Allah, tak kenal Allah maksudnya tak takut pada Allah. Puncanya tak gunakan akal untuk berfikir. Syarat nak dapat upah besar (syurga) mesti keampunan. Kadang-kadang manusia ni bila sebut keampunan dia tak rasa besar
"Jika kamu melahirkan suatu kebaikan atau menyembunyikannya atau memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa"
4:149
Syarat nak buat kebaikan depan orang adalah jangan riak dan pastikan ianya adalah suatu inspirasi yang baik. Dalan ayat ini juga Allah tawarkan keampunan. Dapat ampun Allah dapat upah. Upah apa? Upah syurga. Kenapa kita susah nak memaafkan? Kerana kita rasa diri kita ni baik dan suci. Sedangkan dosa kita dengan Allah lagi banyak dengan dosa makhluk pada kita. Bila kita fikir dosa kita lagi banyak terhadap Allah, maka kita akan mudah memaafkan. Orang yang susah memaafkan dia rasa da sangat baik sampai orang tu tak sepatutnya buat macam tu pada dia. Sebenarnya orang macam ini dia LUPA bahawa Allah yang menghantar fulan bin fulan untuk untuk uji dia. Semua atas izinNya. Tapi kita kalah dengan bisikan manusia dan syaitan. Sudah Allah jelaskan dalan surah An-Nas supaya kita setiap hari mohon perlindungan dariNya. Tapi kita tak buat kan?
"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidak kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
24:22
Ayat di atas adalah kisah Abu Bakar. Abu Bakar suka membantu orang susah sama ada orang luar atau ahli keluarganya. Dalam ahli keluarganya yang besar ada juga keluarga yang fakir miskin yang Abu Bakar sendiri support. Keluarga itu adalah keluarga Mistah bin Usasah. Pada saat Aisyah, anak Abu Bakar difitnah membuat zina, Mistah bin Usasah percaya akan fitnah itu dan ini membuatkan Abu Bakar rasa kecewa dan bersumpah untuk tidak mahu lagi beri apa-apa bantuan kepada keluarga Mistah.
Patutkah Abu Bakar buat macam tu? Lalu turun surah An-Nur ayar 22 di atas. Kemudian Allah tawarkan untuk maafkan dan lupakan dan Allah akan ampunkan dosa Abu Bakar. Tanpa fikir panjang dan faham besar tawaran nilai Allah, Abu Bakar terus maafkan dan lupakan. Jika Abu Bakar tidak maafkan, bermaksud Abu Bakar tidak yakin dengan Allah dan tidak nampak nilai yang Allah tawarkan.
Moral of the story, nak keampunan dari Allah, belajar memaafkan. Tak mahu maafkan maksudnya tidak mahu betapa besar nilainya yang Allah tawarkan iaitu Syurga. Nak masuk syurga, belajar memafkan. Itu paling susah nak buat sebab itu besar upah yang Allah nak bagi. Sebenarnya Allah hantar orang buat salah pada kita sebab supaya kita sendiri yang belajar memaafkan orang sebab inilah cara Allah zahirkan dan beri peluang kepada kita tawaran syurga. Dan ini juga cara Allah nak zahirkan sebenarnya kita ada banyak dosa jadi, Dia hantar fulan bin fulan sebagai pengajaran kepada kita. Allah nak ampunkan dosa kita dengan cara kita maafkan orang lain. Tapi kita tak nampak kerana kita rasa kita ni baik sangat. Orang yang memaafkan sepatutnya beruntung kerana dapat upah besar dari Allah.
Bila kita buat sesuatu dan mengharapkan balasan walaupun "terima kasih", itu TIDAK IKHLAS. Allah uji kita dengan menghantar orang yang tak reti ucap terima kasih sebab Allah nak bagi kita pahala 100%. Tapi kalau kita berkecil hati semata-mata-orang itu tidak reti berterima kasih, pahala pun melayang. Kita kena buktikan pada Allah, kita buat amalan kerana Allah tidak mengharapkan apa-apa balasan dari manusia.
"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring (sama sahaja keadaanya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Megetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada"
67:13
Pengajaran di atas nak bagi tahu, bila kita berani buat jahat secara sembunyi, kita ada penyakit tidak takut pada Allah tetapi takut pada manusia. Bagi Allah rahsia atau terang-terang sama je, Jadi jangan jadikan Allah sebagai "orang". Orang beriman tidak bercakap sia-sia kerana mereka berakal. Melihat ciptaan Allah membawa kita kenal Allah.
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)"
67:15
Bila bab rezeki tidak perlu berlumba dan berebut. Sebab sudah ditentukan. Bila bab solat dan keampunan Allah, itu pilihan kita sendiri. Ini perlu dikejar. Tapi manusia sekarang dah terbalik. Bila bab solat dan pengampunan relaks je. Bila bab mencari rezeki berlumba. Manusia kerja awal tapi solat lambat. Kerja teruk mana pun, kalau rezeki banyak tu memang banyak tu tetapi masih berlumba.
Sebenarnya belajar agama untuk dunia dan akhirat. Orang yang berjaya bukan orang yang solat tapi orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk solat. Ramai orang solat tetapi tidak kusyuk. Nak kusyuk solat hendaklah tidak cakap atau buat perkara yang sia-sia. Kayuh basikal sampai 2 ke 3 jam, bila baca Quran 3 minit mengantuk. Daki gunung 3 hari 2 malam, tapi solat tahajud tidak boleh bangun.
Sekian nota saya dalam kelas tadabbur Quran bersama Ustaz Abdul Muein Abd Rahman. Alhamdulilah, semoga bermanfaat, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment