Wednesday, 1 May 2024

Hibah harta masih dalam pinjaman (cagaran)


Hartanah adalah satu aset yang sangat berharga📈 bagi setiap rakyat Malaysia🇲🇾, melihat kepada situasi ini sangat sukar berjumpa dengan rakyat Malaysia yang membeli hartanah secara tunai🤑. Kebayakan rakyat Malaysia🇲🇾 membeli aset hartanah melalui pinjaman dari pihak Bank🏦.

Selama ini anggapan kebanyakkan pihak lain ialah harta di dalam pinjaman (cagaran) 🚫tidak boleh dihibahkan kerana di dalam hukum syarak, ia tidak dianggap sebagai harta milik sempurna. Jika ia mahu dihibahkan, maka peminjam perlu menjelaskan keseluruhan baki pinjaman🛍 terlebih dahulu.
Logiknya kebanyakan pinjaman bertempoh sehingga puluhan tahun🗓 dan terdapat kemungkinan besar, peminjam sudah pun meninggal dunia☹️ dalam tempoh berkenaan. Apabila peminjam meninggal dunia dalam keadaan hartanya masih ada baki pinjaman, ada pelbagai masalah yang boleh timbul kepada waris😱. 

Antara masalah utama kes harta dalam cagaran ialah tuntutan yang boleh membabitkan ramai waris, terutamanya bagi kategori peminjam yang kritikal iaitu seperti pasangan yang 🚫tidak mempunyai anak, yang mempuyai anak perempuan🧒 sahaja, yang mempunyai anak angkat dan yang berpoligami💍.
Namun, ia boleh dihibahkan semasa hidup dengan syarat ketat aplikasi terma tertentu. Malah sudah ada beberapa kes di Mahkamah Syariah⚖️ di beberapa negeri yang mengeluarkan perintah pengesahan hibah bagi harta bercagar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa proses hibah🎁 bagi harta yang masih dalam cagaran ini 🚫tidak menjejaskan hak institusi pembiaya, malah hak institsi pembiaya untuk mendapatkan semula baki pinjaman dalam keadaan peminjam mati lebih terjamin kerana ada pihak yang dah pun memberikan jaminan kelangsungan atau penjelasan penuh untuk bayaran baki pinjaman.

Jika harta dalam cagaran ini 🚫tidak boleh dihibah ia lebih memudaratkan kepada institusi pembiaya kerana ada kemungkinan waris tidak akan melunaskan pembayaran baki pinjaman❗️. Aplikas hibah harta bercagar ini walaupun konsepnya agak terkedepan dalam industri, namun ia disokong pandangan mazhab Ahi Sunnah Wal Jamaah serta bersifat menang-menang🤝.

Ini kerana peminjam boleh menentukan siapa yang bakal mewarisi rumahnya🏠 sekiranya dia mati dalam keadaan rumah masih dalam tempoh pinjaman manakala hak institusi pembiaya juga terjamin kerana ada pihak yang sudah pun memberi jaminan mengenai pembayaran atau penjelasan penuh baki pinjaman jika peminjam mati👍👍. 

⚡️☄️⚡️☄️⚡️☄️⚡️☄️⚡️☄️
Rancang harta kerana sayang😇. Sekecil-kecil harta kita boleh jadi asbab pergaduhan atau asbab kasih sayang👍. Untuk pengetahuan lanjut, boleh hubungi📞 saya. Kita bincang sampai jadi. Konsultasi saya 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 saja❗️


Jangan lupa follow like dan share 😍
💬 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽

No comments:

Post a Comment