Wednesday, 17 April 2024

Pasangan Yang Mempunyai Anak Perempuan Sahaja


Ramai pasanganπŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§ beranggapan bahawa apabila mereka meninggal dunia kelak, harta yang telah dikumpulkan secara susah payah selama bertahun-tahun akan secara otomatik menjadi milik pasangan dan anak-anak mereka. Anggapan itu adalah salah🚫 bagi pasangan Islam yang mempunyai anak perempuanπŸ‘©‍🦱 sahaja dan tiada bapa kandung ketika kematiannya. Ini kerana mengikut Hukum Faraid, segala hartanya akan diwarisi oleh pasangan, anak-anak perempuan, ibu dan adik beradik si mati🀫.

Ramai orang Islam yang berada dalam kedudukan ini mengambil mudah isu harta pusaka dan tidak membuat apa-apa perancangan. Kesannya, pasanganπŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘¦ dan anak-anak yang ditinggalkan terpaksa melalui pelbagai masalah dalam menuntut harta pusaka😞.

Masalah terbesar yang terpaksa dihadapi oleh pasangan dan anak-anak si mati ialah tuntutan adik-beradik si mati berpotensi menimbulkan pelbagai masalah😨. Ini kerana Hukum Faraid hanya menetapkan bahagian hak tetapi tidak menetapkan apakah jenis harta yang bakal dipusakai.

Jenis harta yang sering menimbulkan masalah ialah harta yang bernilai tinggi seperti rumah🏠, tanah, wang tunaiπŸ€‘ di dalam akaun bank, saham syarikat dan kenderaan🏎 mewah. Ini kerana adik-beradik si mati juga berkemungkinan berminat untuk mendapatkan hak mereka ke atas harta-harta ini🧐.

Penyelesaian kepada masalah ini adalah Hibah Harta BUKAN Hibah Takaful. Oleh itu, walaupun adik-beradik mempunyai hak mengikut Hukum Faraid, namun, mereka tiada🚫 hak ke atas harta yang telah dihibahkan kerana harta itu telah terkeluar dari harta pusaka.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
𝔹𝕖𝕝𝕒𝕛𝕒𝕣 𝕀𝕖𝕀𝕦𝕒π•₯𝕦? π•π•’π•Ÿπ•˜π•’π•Ÿ 𝕝𝕦𝕑𝕒 𝕗𝕠𝕝𝕝𝕠𝕨 π•π•šπ•œπ•– π••π•’π•Ÿ 𝕀𝕙𝕒𝕣𝕖.

Ayuh, tunggu apa lagi? Rancanglah harta anda semasa hidup. Rancang kerana sayang😘. Harta kita boleh jadi asbab kasih sayang atau asbab pergaduhan.

Jika berminat boleh WHATSAPP saya. Kita bincang sampai jadi

#AnakPerempuan #PewarisanHartaIslam #RancangKeranaSayang #HibahHartaBukanHibahTakaful #PakarHibah #PakarPusaka #Wasiat #Faraid #Hibah #NeaDahPesan #HukumFaraid #HakFaraid #PembahagianFaraid #HartaPusaka #KiraanFaraid #PerebutanPusaka #BerebutHarta #MahkamahSyariah #HartaSepencarian #MahkamahSivil #Amanah 

No comments:

Post a Comment