Tuesday, 11 June 2024

Adakah Hibah Harta Bercagar itu SAH?


Ada pihak yang mengatakan bahawa ia tidak sah kerana tidak milik sempurna. Hibah menurut mereka hanya boleh dibuat bagi harta yang sah milik sempurna pemberi hibah itu.

Fuqaha mendefinisikan hi­bah sebagai pemberian milik sesuatu tanpa balasan yang berlaku ketika hidupnya pemberi hibah. Salah satu rukun hibah pula ialah harta yang dihibah itu mestilah milik sempurna pemberi hibah.

Perinsip Asas
Isu yang dibahaskan ialah adakah harta yang masih dalam pinjaman pembiaya itu milik sempurna atau tidak sempurna pemberi hibah. Prinsip asas yang perlu difahami ialah apabila Abu membeli rumah dengan pinjaman Bank B, Abu diperlukan untuk ‘mencagarkan’ semula rumah itu kepada Bank B. Jika Abu gagal membayar hutangnya, Bank B mempunyai hak untuk menjual rumah itu bagi Bank B mendapatkan semula baki pinjaman yang tertunggak. Bab ini jelas. Semua orang tahu.

Menurut sesetengah ulamak, bila Abu mencagarkan rumah­nya kepada Bank B ia tidak bermakna Bank B telah ‘memiliki’ rumah itu. Hak milik dan milikan rumah itu masih pada Abu. Ini selari dengan pandangan al-Syafie yang menyatakan: “Manfaat harta yang dicagar adalah milik pencagar (Abu) dan perbe­lanjaan pengurusan harta tersebut adalah tangggungjawabnya.”

Rasulullah SAW juga bersabda bahawa: “Gadaian tidak terluput daripada penggadai yang menggadaikannya. Dia yang mendapat keuntungan dan kerugian.”

Ini bermakna harta yang masih dalam pembiayaan itu sahih adalah milik sempurna pencagar. Walaupun begitu oleh kerana rumah itu telah Abu cagarkan kepada Bank B, jika Abu ingin mentransaksikan rumah itu seperti ingin membuat hibah, wakaf, menjual atau apa-apa transaksi, Abu perlu melihat kepada perbezaan pandangan ulamak tentang kedudukannya.
 
Pandangan Ulamak
Pandangan Syafie, Hambali dan Maliki menyatakan bahawa jika Abu ingin menghibahkan rumah itu kepada sesiapapun, Abu perlu terlebih dahulu mendapatkan keizinan daripada Bank B sebelum akad hibah dilaksanakan. Jika Bank B tidak memberi kebenaran, maka akad hibah Abu dengan penerima hibah itu dianggap tidak sah dan terbatal.

Pandangan Hanafi pula me­nyatakan bahawa sekiranya Abu tidak mendapat keizinan dari Bank B, akad hibah Abu dengan penerima hibah ialah tergantung (mawquf). Ia tidak terbatal. Bank B boleh memberi kebenaran pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas akad hibah itu berlaku. Kebenaran ini pula boleh ditafsirkan oleh Mahkamah Syariah datang dalam pelbagai bentuk sama ada secara terang atau tersirat.

Mahkamah Syariah di Malaysia sudah mengesahkan kes hibah bagi harta yang masih di dalam pembiayaan bank seperti kes Maybank (2011 & 2015) dan kes CIMB Bank (2018). Pemilik harta menghibahkan hartanya yang masih dalam pembiayaan kepada pene­rima hibah dan ia disahkan oleh Mahkamah Syariah berkenaan.

Di dalam alasan penghakiman kes Maybank (2015), panel hakim juga menyatakan dengan jelas dalam alasan penghakiman:”Berpegang ketat dengan pendapat Syafie dan Hambali dalam perkara ini akan menyukarkan transaksi dalam pengurusan pentadbiran harta di Malaysia khususnya berkaitan dengan instrumen hibah.”

Panel hakim telah berpegang kepada pandangan mazhab lain bagi kes ini. Ini membuktikan bahawa Mahkamah Syariah tidak terikat dengan pandangan Syafie semata-mata seperti yang disangkakan oleh kebanyakan orang.

Namun saya mengakui bahawa ada kes hibah harta yang masih dalam pembiayaan ini ditolak oleh Mahkamah Syariah sebagai tidak sah. Punca penolakan ialah kerana pihak yang membawa kes ini kurang pengalaman dan pengetahuan teknikal tentang subjek berke­naan.
Sebagai pemain industri paling berpengalaman di Malaysia dalam urusan hibah, Wasiyyah Shoppe telah menjalankan penyelidikan ilmiah untuk mendalami faktor kenapa ia sah dan kenapa kadang-kadang ia tidak sah dan selepas melalui proses saringan ketat, menawarkan penyelesaian hibah harta bercagar kepada rakyat Malaysia.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Rancang Kerana Sayang.

Nea, Daie Mawarith ➤ Whatsapp

Jenis-Jenis Penyakit Misteri



Penyakit Yang Tidak Dinamakan
Seseorang mungkin pergi dari doktor ke doktor menerangkan simptomnya, membuat ujian demi ujian, dan mendengar bahawa tiada apa yang salah. Ujian darah, MRI, ultrasound, dan pengimejan dan peperiksaan lain tidak menimbulkan sebarang tanda masalah. Selalunya satu-satunya penjelasan yang diterima pesakit untuk kesakitan adalah bahawa semuanya ada di kepala pesakit kononnya dia seorang hipokondria, cemas, tertekan, terlalu banyak bekerja, atau bosan. Ini boleh menjadi gila kepada seseorang yang mengalami gangguan yang sah. Dan jika doktor benar-benar percaya kesakitan pesakit adalah nyata tetapi tidak dapat menjelaskan puncanya, dia mungkin memanggilnya idiopatik - maksudnya "tidak diketahui".

Rawatan Yang Tidak Berkesan
Dalam senario ini, pertubuhan perubatan mempunyai nama untuk set simptom tertentu, tetapi tiada jalan untuk pemulihan. Rawatan yang ditetapkan tidak membuat perbezaan dalam kesihatan pesakit, atau ia memburukkan keadaan, atau pesakit diberitahu bahawa dia hanya terperangkap dengan perasaan seperti ini sepanjang hayat. Paling baik, pesakit akan menerima ubat yang menguruskan simptom-seperti Multiple Sceloris (MS) - tetapi tidak menjadikan keadaan itu sendiri lebih baik.

Salah Diagnosis
Pesakit juga menerima nama untuk penyakitnya namun ia salah. Sebagai contoh, hormon telah dipersalahkan untuk beberapa penyakit wanita yang tidak ada kaitan dengan menopaus, perimenopause, atau bahkan ketidakseimbangan hormon. Malah, doktor alternatif baru-baru ini telah mengikuti laluan hormon, mengambil petunjuk mereka dari pergerakan hormon dalam perubatan konvensional. Ini adalah contoh bagaimana aliran boleh menyeberang dan mengaburkan garis antara alternatif dan konvensional.

Tidak Mengetahui Punca Sebenar
Anda mungkin mendapat diagnosis, anda mungkin mendapat pelan rawatan-dan anda, namun masih tidak mengetahui punca sebenar masalah itu. Penyakit dan gangguan autoimun adalah contoh utama. Perubatan konvensional percaya pada teori autoimun kononnya sistem imun yang menyerang organ dan kelenjarnya. Malah perubatan alternatif pun percaya pada teori autoimun. Kedua-dua model perubatan ini akan menggunakan ubat-ubatan yang serupa. Walau bagaimanapun, diagnosis dan pelan rawatan autoimun tidak akan membawa kepada pemahaman sebenar tentang apa yang sebenarnya menyebabkan masalah, kerana teori autoimun hanyalah teori. Penyelidikan perubatan dan sains masih menganggap autoimun "sebab tidak diketahui" kerana mereka tidak dapat menjelaskan mengapa sistem imun anda akan menyerang badan anda pada mulanya. Idea bahawa badan anda boleh menyerang anda hanyalah kepercayaan yang diinstitusikan. Sebenarnya, badan anda tidak pernah mengkhianati kepada anda. Badan anda tidak pernah menyerang anda.

Rumah kena kongsi dengan ahli waris


Semua orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sebagai tempat perlindungan insan-insan yang kita kasihi. Namun harga rumah bukan murah ketika ini. Ia mencecah sehingga ratusan malah jutaan ringgit.

Menjadi amalan juga kepada rakyat Malaysia untuk membeli rumah secara pinjaman bank dan bukannya dengan tunai. Berapa ramai sahajalah di antara kita yang mampu membeli rumah secara tunai?

Menjadi amalan juga bahawa bank atau pembiaya perlukan rumah itu dicagarkan semula kepada mereka sebagai jaminan kita akan membayar semula pinjaman perumahan seperti yang telah dipersetujui.

Rumah RM850,000
Selama 21 tahun di dalam industri ini, saya telah berjumpa banyak kes yang mana pasa­ngan dan anak-anak bawah umur menjadi mangsa keadaan. Saiful (bukan nama sebenar) antara kes yang saya temui.

Saiful seorang jurutera berjaya dalam industri minyak dan gas. Gajinya mencecah RM30,000 sebulan. Isterinya, Fauziah seorang suri rumahtangga sepenuh masa dan tanggungjawab utamanya ialah menguruskan rumahtangga dan persekolahan anak tunggal mereka Yati (sembilan tahun).

Ibunya, Rahmah masih hidup manakala ayahnya telah lama meninggal dunia. Saiful mempunyai seorang adik lelaki, Sazali.

Dengan kelayakan kewa­ngannya, Saiful membeli sebuah rumah berharga RM850,000 di Kuala Lumpur. Hobi Saiful ialah menunggang motosikal berkuasa tinggi dan satu hari ditakdirkan Saiful kemalangan dan meninggal dunia pada 2012.

Mengikut hukum faraid, wa­ris yang berhak ke atas harta pusaka Saiful ialah Fauziah (3/24), Yati (12/24), Rahmah (4/24) dan Sazali (5/24). Namun, demikian ibunya pula meninggal dunia pada 2013. Ini bermakna bahagian Rahmah (4/24) itu diwarisi pula sepenuhnya oleh Sazali yang kini berhak ke atas 9/24 daripada harta pusaka Saiful.

Saiful tiada sebarang polisi takaful dan tidak banyak pula meninggalkan tunai kerana sebagai jurutera muda berusia 38 tahun ketika meninggal dunia, walaupun pendapatannya tinggi tetapi dia lebih banyak liabiliti berbanding aset.

Oleh kerana rumah pusaka Saiful yang didiami oleh Fauziah dan Yati itu masih mempunyai pinjaman bank, maka Fauziah terpaksa bertungkus-lumus memastikan bayaran ansuran bulanan rumah sebanyak RM5,000 sebulan itu dibayar mengikut jadual supaya rumah itu tidak dilelong.

Fauziah seorang suri rumahtangga dan tiada pendapatan tetap. Dengan linangan air mata Fauziah bercerita tentang susah payah kehidupan selepas kematian suaminya.

Berkongsi hak
Apabila Fauziah ingin me­nguruskan pusaka Saiful pada 2017, Sazali berkeras mahukan bahagiannya 9/24 dari rumah tersebut ditebus oleh Fauziah jika mahukan dia melepaskan hak itu.

Nilai rumah itu pada 2017 ialah RM1.2 juta. Ini bermakna secara prinsipnya, Sazali perlu dibayar RM450,000 untuk bahagian itu. Walaupun, Fauziah kemudiannya berjaya menuntut harta sepencarian separuh dari nilai rumah, namun dia tetap perlu menebus bahagian Sazali sebanyak RM225,000 jika dia mahukan Sazali melepaskan bahagian itu.

Dia tiada wang sebanyak itu. Akhirnya nama Sazali dimasukkan sebagai satu daripada waris yang mewarisi 9/24 bahagian rumah itu.

Rumah itu tetap perlu disambung pembayaran bulanan kepada bank dan walaupun Sazali salah seorang pemilik sah, hakikatnya yang membayar masih lagi Fauziah berseorangan.

Awal 2019 lalu, Sazali pula meninggal dunia akibat kanser. Sazali meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki. Mereka mewarisi hak sebanyak 3/24 (isteri) dan 21/24 (tiga anak lelaki).

Fauziah kini berdepan satu lagi isu kritikal. Rumahnya kini berkongsi pula hak di antara dia, Yati, isteri Sazali dan tiga anak lelaki Sazali. Jika dia i­ngin menebus bahagian mereka, dia perlu membayar isteri Sazali RM28,125 dan setiap anak lelaki Sazali RM65,625 (itu pun jika mereka setuju untuk bahagian mereka ditebus).

Yati kini bertanya: “Mak kenapa sepupu Yati pun ada hak ke atas rumah arwah ayah ini?”. Fauziah hanya tunduk dan menangis.

Kepada para suami di luar sana, elakkan pasangan anda menghadapi nasib seperti Fauziah. Sebagai bukti kasih sayang anda kepada mereka, hibahkanlah rumah itu (walaupun masih bercagar) kepada pasangan dan anak-anak supaya mereka dapat mewarisi rumah secara mutlak. Kasihanilah pasangan dan anak-anak anda.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
RUMAHKU SYURGAKU
Setiap pasangan pasti inginkan anak-anaknya akan mendidiami rumah yang dibeli dengan aman damai tanpa ada campur tangan orang lain. Namun,harus disedari bahawa seseorang itu haruslah mempunyai perancangan harta yang tersendiri ketika dia masih hidup dan sihat agar ia dapat dilaksanakan.

Di Wasiyyah Shoppe, kami telah berjaya mendapatkan ratusan perintah pengesahan hibah dari Mahkamah Tinggi Syariah seluruh tanpa melalui pindah milik namun rukun & syarat qabdnya sempurna dilaksanakan.

Rancang Kerana Sayang.

Nea, Daie Mawarith ➤ Whatsapp



Tuesday, 4 June 2024

Perdebatan Kepercayaan Sistem Pemakanan


Bila sembang tentang makanan, mesti ada perbezaan pendapat mengenainya. Kena pantang ini lah pantang itu lah, tak boleh makan ini lah, tak boleh makan itu lah. Namun, kebanyakkan idealogi tersebut tidak benar atau tidak tepat. Perdebatan ini sering dikaitkan dengan istilah nyahtoksin atau dengan kata lain, detoks. Hakikatnya kita ketinggalan jauh tentang apa sebenarnya yang terjadi dalam tubuh badan kita sebab budaya ikut-ikut. Tengok orang itu minum jus epal, kita pun ikut tanpa memahami keperluan badan sendiri.

Antara topik isu perdebatan makanan ada seperti:
  • Protin haiwan dan protin tumbuhan
  • Bijirin penuh dan bukan bijirin penuh
  • Larangan makan buah-buahan
  • Atau hanya benarkan makan buah rendah glisemik 

Bila ada yang berbeza pendapat dengan mereka, mereka akan rasa tercabar dengan sistem pemakanan yang mereka cadangkan. Kemudian mereka akan berhujah dengan menggunakan kajian saintifik. Malangnya, makanan yang mereka cadangkan masih belum mampu merungkai persoalan tentang kenapa mereka boleh jatuh sakit. Hujung-hujung bila sakit telan jua antibiotik. Adakah makanan yang mereka amalkan itu tidak mampu untuk nyahtoksin bendasing dalam badan mereka?

Walau bagaimanapun, tak kisah lah apa jenis kepercayaan sistem makanan pun, kita tetap tak lari dari jatuh sakit. 

MAKANAN SEIMBANG, SEDERHANA DAN IKUT GERAK HATI


Makanan Seimbang
Kalian akan dengar kat mana-mana pun prinsip pemakanan seimbang. Ianya adalah sesuatu yang bijak dalam hal pemakanan. Tapi yang kelakarnya, setiap orang ada definisi sendiri tentang diet pemakanan seimbang sebab tidak semua orang makan dengan cara yang sama. Cuba fikir, pihak mana yang boleh tentukan tentang makanan seimbang? 
"Adakah ianya perlu berwarna-warni?
Adakah campuran buah-buahan, sayur-sayuran, protin dan lemak?"
Hakikatnya semua orang ada pendapat tersendiri. Namun, macam mana kita nak tahu ianya adalah makanan seimbang sedangkan kita sendiri tak tahu punca gejala penyakit. Mesti punya pakar bidang kesihatan akan kata kita tak makan makanan seimbang atau mereka tawarkan pakej makanan seimbang. Sebelum kita nak ke arah pemakanan seimbang, kita perlu faham apa itu penyakit kronik.

Malangnya, kebanyakan mereka akan makan makanan yang mereka rasa ianya diet yang sihat tanpa mengambil serius akan bersederhana dalam bab pemakanan. Atau terpengaruh dengan social media untuk elak makan buah lah, elak makan kentang lah gara-gara kandungan gula dalamnya. Kesudahan bertukar-tukar diet untuk dapatkan diet pemakanan yang sesuai untuk diri sendiri.

Orang makan ikut gerak hati pun hujung-hujung sakit jua. Contohnya, "rasanya badan aku perlukan lebih telur masak kicap", tanpa memikirkan kondisi keperluan badan sendiri, padahal itu semua "craving". Atau contoh lain "aku rambut gugur, rasanya perlukan makan protin lebih ni". Makan ikut gerak hati TAK SEMESTINYA kita tahu dan faham gejala yang kita alami.

Ramai dalam kalangan kita yang terdedah dengan kekeliruan tentang hal pemakanan. Apa yang kita perlu buat adalah lari jauh-jauh dari mereka yang cuba nak beri nasihat hal pemakanan sebab kita tidak diajar sebetulnya atau sebenar-benarnya kebenaran tentang kesihatan yang berpanjangan dengan pemakanan atau apa itu nyahtoksin yang sebenar-benarnya. 


Protin Haiwan Dan Protin Tumbuhan
Banyak sangat salah faham tentang protin di luar sana lebih-lebih lagi perdebatan antara protin haiwan dan protin tumbuhan. Selalunya penyokong protin tumbuhan ini kelompoknya kecil sahaja. Tapi bila mereka sakit, penyokong protin haiwan menyalahkan mereka kononnya diet mereka salah. 

Penyokong protin haiwan pun boleh sakit juga. Bezanya tak ada siapa kisah pun atau tak ada siapa marah pun bila sakit sebab amalkan protin haiwan. 

Kedua-dua penyokong ini suka tuntut cara mereka lagi sihat. Mereka elak makanan proses, makanan bergoreng dan kebanyakkan bijirin. Mereka juga percaya akan filosofi diet keto iaitu teori di mana makanan tinggi lemak adalah lebih baik dan pengambilan sumber karbohidrat perlu ada had. Kedua-dua kaedah ini bukanlah kaedah membersihkan atau nyahtoksin sistem tubuh badan. Malah mereka tidak tahu menahu punca sebenar gejala dan penyakit mereka terjadi. Kekurangan protin tidak ada kena mengena dengan istilah kesihatan mereka semakin baik atau apa punca mereka sakit. Mereka tidak ada kajian saintifik pun untuk buktikan ia.

Jadi, masuk akal lah, masih ramai yang keliru tenteng pembersihan dan nyaktoksin. Pakar perubatan menyebarkan kepercayaan mereka kepada orang ramai kononnya badan kita pandai buat kerja detoks kerana ada organ detoks hanya dengan memakan makanan seimbang. Salah faham ini adalah punca utama masalah kesihatan muncul kerap kalinya.

Belajar sesuatu?