Tuesday, 4 June 2024

Perdebatan Kepercayaan Sistem Pemakanan


Bila sembang tentang makanan, mesti ada perbezaan pendapat mengenainya. Kena pantang ini lah pantang itu lah, tak boleh makan ini lah, tak boleh makan itu lah. Namun, kebanyakkan idealogi tersebut tidak benar atau tidak tepat. Perdebatan ini sering dikaitkan dengan istilah nyahtoksin atau dengan kata lain, detoks. Hakikatnya kita ketinggalan jauh tentang apa sebenarnya yang terjadi dalam tubuh badan kita sebab budaya ikut-ikut. Tengok orang itu minum jus epal, kita pun ikut tanpa memahami keperluan badan sendiri.

Antara topik isu perdebatan makanan ada seperti:
  • Protin haiwan dan protin tumbuhan
  • Bijirin penuh dan bukan bijirin penuh
  • Larangan makan buah-buahan
  • Atau hanya benarkan makan buah rendah glisemik 

Bila ada yang berbeza pendapat dengan mereka, mereka akan rasa tercabar dengan sistem pemakanan yang mereka cadangkan. Kemudian mereka akan berhujah dengan menggunakan kajian saintifik. Malangnya, makanan yang mereka cadangkan masih belum mampu merungkai persoalan tentang kenapa mereka boleh jatuh sakit. Hujung-hujung bila sakit telan jua antibiotik. Adakah makanan yang mereka amalkan itu tidak mampu untuk nyahtoksin bendasing dalam badan mereka?

Walau bagaimanapun, tak kisah lah apa jenis kepercayaan sistem makanan pun, kita tetap tak lari dari jatuh sakit. 

MAKANAN SEIMBANG, SEDERHANA DAN IKUT GERAK HATI


Makanan Seimbang
Kalian akan dengar kat mana-mana pun prinsip pemakanan seimbang. Ianya adalah sesuatu yang bijak dalam hal pemakanan. Tapi yang kelakarnya, setiap orang ada definisi sendiri tentang diet pemakanan seimbang sebab tidak semua orang makan dengan cara yang sama. Cuba fikir, pihak mana yang boleh tentukan tentang makanan seimbang? 
"Adakah ianya perlu berwarna-warni?
Adakah campuran buah-buahan, sayur-sayuran, protin dan lemak?"
Hakikatnya semua orang ada pendapat tersendiri. Namun, macam mana kita nak tahu ianya adalah makanan seimbang sedangkan kita sendiri tak tahu punca gejala penyakit. Mesti punya pakar bidang kesihatan akan kata kita tak makan makanan seimbang atau mereka tawarkan pakej makanan seimbang. Sebelum kita nak ke arah pemakanan seimbang, kita perlu faham apa itu penyakit kronik.

Malangnya, kebanyakan mereka akan makan makanan yang mereka rasa ianya diet yang sihat tanpa mengambil serius akan bersederhana dalam bab pemakanan. Atau terpengaruh dengan social media untuk elak makan buah lah, elak makan kentang lah gara-gara kandungan gula dalamnya. Kesudahan bertukar-tukar diet untuk dapatkan diet pemakanan yang sesuai untuk diri sendiri.

Orang makan ikut gerak hati pun hujung-hujung sakit jua. Contohnya, "rasanya badan aku perlukan lebih telur masak kicap", tanpa memikirkan kondisi keperluan badan sendiri, padahal itu semua "craving". Atau contoh lain "aku rambut gugur, rasanya perlukan makan protin lebih ni". Makan ikut gerak hati TAK SEMESTINYA kita tahu dan faham gejala yang kita alami.

Ramai dalam kalangan kita yang terdedah dengan kekeliruan tentang hal pemakanan. Apa yang kita perlu buat adalah lari jauh-jauh dari mereka yang cuba nak beri nasihat hal pemakanan sebab kita tidak diajar sebetulnya atau sebenar-benarnya kebenaran tentang kesihatan yang berpanjangan dengan pemakanan atau apa itu nyahtoksin yang sebenar-benarnya. 


Protin Haiwan Dan Protin Tumbuhan
Banyak sangat salah faham tentang protin di luar sana lebih-lebih lagi perdebatan antara protin haiwan dan protin tumbuhan. Selalunya penyokong protin tumbuhan ini kelompoknya kecil sahaja. Tapi bila mereka sakit, penyokong protin haiwan menyalahkan mereka kononnya diet mereka salah. 

Penyokong protin haiwan pun boleh sakit juga. Bezanya tak ada siapa kisah pun atau tak ada siapa marah pun bila sakit sebab amalkan protin haiwan. 

Kedua-dua penyokong ini suka tuntut cara mereka lagi sihat. Mereka elak makanan proses, makanan bergoreng dan kebanyakkan bijirin. Mereka juga percaya akan filosofi diet keto iaitu teori di mana makanan tinggi lemak adalah lebih baik dan pengambilan sumber karbohidrat perlu ada had. Kedua-dua kaedah ini bukanlah kaedah membersihkan atau nyahtoksin sistem tubuh badan. Malah mereka tidak tahu menahu punca sebenar gejala dan penyakit mereka terjadi. Kekurangan protin tidak ada kena mengena dengan istilah kesihatan mereka semakin baik atau apa punca mereka sakit. Mereka tidak ada kajian saintifik pun untuk buktikan ia.

Jadi, masuk akal lah, masih ramai yang keliru tenteng pembersihan dan nyaktoksin. Pakar perubatan menyebarkan kepercayaan mereka kepada orang ramai kononnya badan kita pandai buat kerja detoks kerana ada organ detoks hanya dengan memakan makanan seimbang. Salah faham ini adalah punca utama masalah kesihatan muncul kerap kalinya.

Belajar sesuatu?

No comments:

Post a Comment