Monday, 1 January 2024

Pembersihan Bermula Dari Atas


Tiada siapa yang selamat daripada jatuh sakit. Dengan apa yang kita hadapi di dunia hari ini dan apa yang terjadi pada badan kita, tiada siapa yang boleh jamin bahawa suatu hari nanti, kita tidak akan mengalami gejala pertama dan kita tidak dapat menjangkakannya. Pengetahuan ini bukan tentang hidup dalam ketakutan. Ini tentang tidak hidup dalam penafian.

Berapa ramai orang yang kita kenali yang bergelut dengan kesihatan mereka? Kemungkinannya, sama ada mereka menunjukkannya atau tidak. Dan kemungkinan besar, kita adalah salah seorang daripada mereka-sama ada kita menghadapi refluks asid, tekanan darah tinggi, kebimbangan, ekzema, psoriasis, kabus otak, kemurungan atau keletihan. Kita tidak keseorangan. Hidup dengan gejala seolah-olah telah menjadi norma baharu.

Bila kita berunding dengan doktor demi doktor dan pakar demi pakar dan tidak menemui jawapan ke arah solusi, kita boleh hilang harapan. Sebenanrya, kesedaran adalah istilah yang kita semua patut gunakan sekarang. Namun, apakah makna kesedaran jika kita tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku dalam diri kita? Jika kita tidak menyedari kebenaran bahawa kita semakin dicabar oleh gejala, keadaan dan penyakit semasa, macam mana kita nak menjalani kehidupan kita dalam jangka masa yang panjang?

Rujukan: Medical Medium Cleanse To Heal, Anthony William

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Belajar sesuatu?
Untuk mereka yang nak mengetahui hal-hal kesihatan, boleh subscribe Channel Telegram saya. Dalam channel telegram tersebut ada banyak info kesihatan yang bermanfaat. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment