Friday, 5 January 2024

Sebab orang sakit tiada selera makan


Orang yang sakit hilang selera makan kerana KASIHNYA ALLAH. Mari saya jelaskan dari sudut Sains Islam. Bila sakit, Allah tarik 3 perkara:
1. Seri Wajah kita
2. Selera makan kita
3. Dosa kita

BEST KE BEST? Tapi ini yang kita tak tahan nak hadap kan? Jom kita fahamkan ayat di bawah ini. 

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
Surah Insyirah ayat 5-6

Kita rasa sakit, tapi sebenarnya Allah mudahkan kita dengan 3 perkara. Tarik seri wajah supaya, kita rehat, tidak perlu ke mana-mana dengan wajah kusam. Izinkan badan tu rehat. Dosa pula dihapuskan saat kita sakit. Masya Allah.

Okay, sekarang nak masuk topik SELERA MAKAN.

Bila ada orang sakit, JANGAN PAKSA dia makan❗Sebab yang bagi tiada selera itu semua kerja Allah. Pesakit akan makan bila Allah izinkan. Jadi, kalau pesakit tak nak makan jangan paksa. Dari sudut sains Islam, ada hikmahnya. Iaitu, pembersihan badan sedang berlaku. Atau dengan kata lain, proses detoks sedang berlaku. Jadinya, JANGAN KACAUItu lah sebabnya, Allah tarik selera makan bagi orang sakit. Saya beri bahasa yang mudah kita semua faham, dia sama macam konsep puasa. 

Bila puasa apa jadi dengan badan kita? Banyak kajian menunjukkan amalan berpuasa dapat mengurangkan kadar penanda (marker) bagi penyakit kronik termasuk kanser, kencing manis dan penyakit jantung selain meningkatkan sistem imun dan mengawal peningkatan berat badan. Berpuasa juga akan memberikan peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan. Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik serta racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr Mac Fadon seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah dari tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit membabitkan perut". Beliau berjaya mengubati pesakit-pesakitnya dengan meminta mereka berpuasa sebagai alternatif perubatan moden.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Belajar sesuatu?
Okay jom hirup Kopi CEO, bagi sel-sel otak berhubung. Nak beli Kopi CEO, boleh WHATSAPP saya


No comments:

Post a Comment