"Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu pagi, ia akan dipermudahkan segala urusannya sepanjang hari tersebut sehingga waktu petang. Sesiapa yang membacanya pada awal malam, ia akan dipermudahkan segala urusannya pada malam tersebut sehingga waktu pagi"
Riwayat ad-Darimi, Ibnu Abbas RA
Ada dalam kalangan umat Islam yang lebih gemar menjadikan surah Yasin sebagai perhiasan yang digantung di dinding rumah dan premis perniagaan, berbanding menjadikannya sebagai panduan hidup sebenar. Kita jarang mendengar bahawa surah Yasin perlu dijadikan sebagai salah satu cara dalam memperkukukan akidah Islam.
Antara aspek penting dalam pemahaman kandungan surah Yasin adalah kajian terhadap pengukuhan akidah Islam melalui 'ayat-ayat kauniyyah' iaitu 'fakta-fakta saintifik'. Kejadian-kejadian yang berlaku di alam ini sebenarnya adalah perancangan Allah swt dn bukan terjadi secara kebetulan seperti yang difahami oleh golongan ateisme. Ada sebab mengapa Allah swt mengemukakan hujah-hujah kekuasaanNya melalui tanda-tanda alam semesta. Allah swt menarik perhatian manusia agar melihat dan memikirkan kekuasaanNya dengan sesuatu yang paling hampir dengan manusia iaitu bumi dan tanah.
No comments:
Post a Comment