Maka, buatlah surah-surah yang sama setanding itu juga. Bukan banyak, buat sepuluh surah sahaja. Surah yang pendek-pendek pun tidak mengapa. Kalau kamu kata Nabi ﷺ yang buat, tentu kamu pun boleh buat juga, bukan?
"Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: “Dia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Qur’an itu! “katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Qur’an itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”
Hud 14 | Juzuk 12
- Musyrikin Mekah ada yang menuduh bahawa Nabi Muhammad ﷺ sendiri mereka-reka ayat-ayat dalam Al-Qur’an itu. Mereka kata Nabi Muhammad ﷺ buat perkara bid’ah (perkara baru) dalam agama pula kerana mereka kononnya berpegang dengan syariat Nabi Ibrahim عليه السلام dan mereka kata Nabi Muhammad ﷺ bawa benda yang baru pula. Padahal, syariat Nabi Ibrahim عليه السلام itu mereka yang telah ubah-ubah dan tambah sendiri ikut suka mereka
- Mereka tidak akan boleh hendak membawakan sepuluh surah sepertinya. Jangan kata sepuluh surah, satu surah pun tidak mampu kerana ayat-ayat dalam Al-Qur’an itu bukanlah daripada percakapan manusia sepertimana Allah ﷻ itu tidak sama dengan makhluk.
🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
Belajar sesuatu? Jom tadabbur Quran sambil minum Teh Lu Chun. Teh yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha adalah mengamalkan Teh Lu Chun bersama keluarga. Jika berminat boleh whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak info kesihatan pendekatan holistik yang saya kongsikan. Moga-moga bermanfaat. Insya Allah. Jom kembalikan kesihatan TANPA UBAT.
No comments:
Post a Comment