Friday, 16 February 2024

Beribadah kerana tujuan dunia


"Sesiapa yang usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Qur’an tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya"
Hud 15 | Juzuk 12

  1. Manusia tentunya suka dengan dunia kerana hidup di atas dunia ini. Akan tetapi kebanyakkannya tidak sedar bahawa dunia ini adalah ujian. Kadangkala ada antara mereka yang sedar juga mudah lalai dan leka dengan keindahan dan keseronokan dunia ini. Maka keindahan ini mengalihkan perhatian kita daripada membuat persediaan yang sepatutnya kepada akhirat. Kalau dunia dilebihkan daripada akhirat, maka itu adalah masalah. Dunia ini bukanlah kita kena tolak, akan tetapi janganlah sampai akhirat diabaikan.
  2. ‘Kehidupan dunia’ bermaksud ‘upah’ dari segi kebendaan. ‘Perhiasannya’ pula bermaksud perkara lain seperti glamor, pujian dan pujaan, menjadi terkenal pangkat dan kemasyhuran. Kadang-kadang manusia tidak mahukan duit sebab mereka sudah memiliki banyak duit, sebaliknya mereka mahu menjadi terkenal. Mereka hendak orang rujuk mereka kalau ada hal apa-apa. Mereka bangga menjadi tempat rujukan.Inilah masalah yang banyak dihadapi oleh umat manusia.
  3. Manusia tertipu dengan imbuhan dunia sampaikan bagi umat Islam, untuk ibadat pun mereka hendak upah. Sebagai contoh, mereka yang solat jenazah, mereka ambil upah. Sekurang-kurangnya, setiap orang akan dapat RM10 kalau di Malaysia ini. Itu kepada jemaah, kalau kepada imam, lebih lagi sekurang-kurangnya RM50. Ada tempat yang pernah kedengaran, puak surau tanya: “Makcik nak bayar upah berapa ringgit?” Ma sha Allah?! Kenapa sampai teruk begitu sekali?
  4. Allah ‎ﷻ beri imbuhan kepada mereka yang mahu upah itu semasa di dunia seperti yang mereka ingini kerana mereka hendakkan harta, Allah ﷻ akan beri harta kepada mereka. Kerana mereka hendak makan nasi kenduri, Allah ﷻ beri mereka makanan itu. Kerana mereka hendak kedudukan, Allah ﷻ beri kedudukan yang mereka mahukan. Mereka inilah penunggang agama yang dikenali sebagai tok siak, bilal, tok imam dan apa-apa sahaja yang mereka mahu. Tidak ada masalah kepada Allah ﷻ untuk beri apa yang mereka mahu kerana segala perhiasan dunia ini tidak ada nilai apa-apa pun sebenarnya. Berapa sahaja mereka mahu, Allah ﷻ boleh beri kepada mereka. Namun ingatlah, mereka tidak mendapat ganjaran pahala.
  5. Mereka tidak boleh mengadu nanti di akhirat yang mereka tidak dapat apa yang mereka sepatutnya dapat kerana Allah ﷻ sudah beri wang, kedudukan dan kemewahan yang mereka mahukan itu semasa di dunia lagi. Tidak kurang sedikit pun.



"Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan."
Hud 16 | Juzuk 12

  1. Begitu juga bagi mereka yang mengajar kerana hanya mahukan harta dan mereka yang beribadat kerana mahu upah sahaja. Amalan mereka akan diganti dengan api neraka atas upah yang mereka ambil itu. Mereka tidak dapat pahala, tetapi diganti dengan api neraka. Bayangkan betapa beratnya hukuman yang dikenakan.
  2. Orang yang beriman mengharapkan balasan di akhirat, bukan di dunia. Mereka sedar ganjaran di akhirat adalah berlebih-lebih kali ganda daripada apa yang telah dilakukan. Sampaikan ada sahabat yang takut apabila mereka mendapat kemewahan, kerana mereka takut tidak ada balasan bagi mereka di akhirat kelak – kerana mereka lebih pentingkan balasan di akhirat, bukan di dunia.
  3. Kalau buat sesuatu amal ibadat kerana mahukan upah, maka batal amalan yang mereka lakukan. ‘Batal’ bermaksud tidak ada nilai di sisi Allah ﷻ. Kalau solat jenazah, solat mereka batal, tidak sah.

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
Belajar sesuatu? Jom tadabbur Quran sambil minum Kopi CEO. Kopi yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha penjagaan kesihatan adalah dengan mengamalkan minum kopi CEO sehari dua kali. Jika berminat boleh whatsapp saya. Jemputlah subscribe channel telegram saya. Ada banyak info kesihatan dan kaedah rawatan holistik. Insya Allah dapat ilmu bermanfaat. Jom reverse kesihatan TANPA UBAT.

No comments:

Post a Comment