Thursday, 8 February 2024

Dusta


"Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi"
Yunus 95 | Juzuk 11
  1. ‘Dusta’ di dalam ayat ini bermaksud menolak ayat Al-Qur’an. Begitulah yang terjadi kepada Bani Israil sebelum kita. Maka kita jangan jadi orang yang mendustakan ayat-ayat Al-Qur’an. Malangnya ramai dalam kalangan kita pun begitulah juga. Mereka telah diberikan dalil daripada ayat Al-Qur’an tetapi mereka tidak terima kerana mereka beranggapan ayat itu berdusta. Tentulah mereka tidak kata ayat itu dusta dengan mulut mereka, tetapi melalui tindakan mereka.
  2. Kerana bila menolak ayat Al-Qur’an kita akan masuk neraka dan semua pahala ibadah kita akan hancur. Mereka yang menolak Al-Qur’an akan rugi di dunia dan di akhirat. Orang Islam pun boleh menolak Al-Qur’an jikalau tidak mengamalkannya dan ambil peduli tentangnya. Alangkah ruginya, lahir dalam keluarga Islam, namun akhirnya masuk neraka.

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈
Belajar sesuatu? Jom tadabbur Quran sambil minum Teh Lu Chun. Teh yang kaya manfaat kesihatan. Sekecil-kecil usaha penjagaan kesihatan adalah dengan mengamalkan Teh Lu Chun bersama ahli keluarga. Jika berminat boleh whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak info kesihatan holistik yang saya kongsikan. Moga memberi manfaat. Insya Allah. Jom kembalikan kesihatan TANPA UBAT

No comments:

Post a Comment