"Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya)"
Yunus 67 | Juzuk 11
- Allah ﷻ tidak menceritakan sifat malam dalam ayat ini tetapi Allah ﷻ memberitahu apa yang kita patut buat di waktu malam (berehat). Apabila gelap gelita, maka mudah untuk kita berehat. Mudah untuk kita tidur sebab cahaya tidak ada. Maka melatonin akan dikeluarkan untuk memudahkan kita tidur.
- Maka kesimpulan di sini, malam untuk berehat dan siang untuk bekerja; dan bukan sebaliknya. Kalau kita buat yang sebaliknya, maka kita telah melanggar fitrah yang telah dibuat oleh Allah ﷻ. Apabila kita langgar, maka ada kesannya kepada diri kita sendiri.
- Nabi ﷺ telah memberi nasihat kepada kita untuk berhati-hati pada waktu malam kerana pada waktu malamlah banyak keburukan akan berlaku. Sebagai contoh, perompak-perompak selalunya keluar pada waktu malam. Oleh kerana itu kita kena kurangkan aktiviti malam kita. Jangan kita selalu keluar tidak tentu hala.
- Siang itu dicerahkan supaya kita dapat mencari rezeki, dan dengan rezeki itu kita dapat sebar agama ini. Bukan hanya mencari rezeki untuk hidup sahaja, kerana bukan itu tujuan hidup kita. Tujuan hidup kita adalah untuk membesarkan nama Tuhan. Selalunya, ayat ini diterjemahkan ‘untuk mencari nafkah’ sahaja. Itu tidak tepat. Kita kena tambah dalam tafsir, mencari nafkah itu adalah untuk menyebarkan agama ini. Semua perkara mestilah kembali kepada tujuan hidup kita sebagai hamba Allah ﷻ.
- Namun begitu hanya orang yang mahu mendengar sahaja akan dapat pengajarannya. Mahu mendengar apa? Mahu mendengar wahyu Al-Qur’an dibacakan. Mahu mendengar nasihat yang disampaikan kepada mereka. Merekalah yang sanggup datang belajar tafsir Al-Qur’an dan terus belajar dan mengkaji Al-Qur’an itu. Maka anda yang membaca tulisan ini, marilah masuk kelas secara talaqqi dan belajar wahyu Allah ﷻ betul-betul. Marilah berusaha untuk belajar sehingga faham.
🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇
Belajar sesuatu? Jangan lawan fitrah. Malam untuk rehat. Siang untuk mencari rezeki. Last but not least, Jangan lupa bersugi ikut sunnah Nabi saw.
1️⃣ Bersugi setiap kali masuk rumah
2️⃣ Bersugi setiap kali sebelum solat
3️⃣ Bersugi setiap kali bangun pagi.
Jika berminat nak beli Greenzhi boleh Whatsapp saya. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak info kesihatan holistik yang saya kongsikan. Insya Allah memberi banyak manfaat. Jom kembalikan kesihatan TANPA UBAT.
No comments:
Post a Comment