Monday, 26 February 2024

Seorang anak yang beriman barulah dikatakan 'keluarga'


Allah berfirman: “Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”.
Hud 46 | Juzuk 12

  1. Memang dia ‘anak’ kandung Nabi Nuh عليه السلام, tetapi bukan ‘keluarga’ baginda. Seorang anak yang beriman barulah dikatakan ‘keluarga’. Allah ﷻ hanya berjanji menyelamatkan ahli keluarganya yang beriman sahaja, bukan kesemuanya sekali. Seorang anak yang bukan beriman, tidak dianggap sebagai ahli keluarga Islam lagi. Katakanlah seorang ibu atau bapa masuk Islam, tetapi jika anaknya tidak masuk Islam, anaknya itu bukan daripada keluarganya lagi. Sebagai contoh, harta pusaka tidak boleh diterima daripada ayahnya dalam hukum faraid. Kecuali kalau diberikan melalui wasiat setakat 1/3 daripada hartanya.
  2. Kita kena ingat yang hubungan kekeluargaan itu hanya di dunia sahaja. Apabila hari Akhirat sudah bermula, maka terputuslah segala perhubungan. 
  3. Ayat ini juga sebagai dalil melarang kita berdoa apa yang kita tidak tahu. Iaitu kita berdoa, tetapi kita tidak tahu apa yang kita doakan. Selalu terjadi, kita ambil doa-doa dalam teks bahasa Arab, tetapi kita tidak tahu maknanya. Itu bukan ‘berdoa’ maknanya. Sebab kita pun tidak tahu apa yang kita minta. Maka, tidak perlulah baca doa yang menggunakan bahasa Arab kalau kita tidak faham makna. Lebih baik kalau berdoa dalam bahasa Melayu sahaja. Lagi kita faham dan lagi ikhlas kita dengan doa kita itu dan lagi khusyuk kita semasa berdoa kerana kita faham.

🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎
Belajar sesuatu? Menjadi fitrah ibu, bapa, kakak, abang dan adik untuk membela ahli keluarga yang mereka sayang dan terlepas dari kesalahan. Namun, dalam ayat ini Allah ajar kita semua jangan bela orang yang berpegang kepada kebatilan walaupun ahli keluarga kita.

No comments:

Post a Comment