Thursday, 23 May 2024

Kita tertipu

 


Allah beri perumpamaan kerajaan akan menjadi kuat dengan tentera. Namun, bila Allah turun musibah, tentera pun tidak selamat. Allah nak bagi tahu, bila kita ada tentera, kita tertipu dengan diri sendiri. Kita rasa kita kuat dengan tentera kita ada. Mesej yang Allah nak sampaikan adalah jangan tertipu dengan kekuatan kita. Apa dia? Kekuatan ilmu? Kekuatan banyak duit? Kekuatan ramai client? Jangan tertipu. Siapa rasa hartanya banyak dan boleh buat apa sahaja, dia tertipu.

Bila Allah turun musibah, agak-agak tentera kita boleh bantu tak? Buktinya, tentera firaun yang ramai ditenggelamkan Allah. Contoh yang lain adalah tentera Abrahah dengan tentera gajahnya dimusnahkan dengan burung yang kecil dan banyak dengan menggunakan batu.

Jangan tertipu bila ada makhluk boleh menolong kamu kerana bila ditimpa musibah, hanya Allah yang boleh menolong kamu.

Ada tak makhluk Allah yang boleh beri rezeki pada kamu kalau Allah tahan? Makhluk tak nak beri rezeki pada kita, ada Allah tahan? Tidak. Maksudnya jangan takut pada orang, takut pada Allah kerana Dia Maha Pemberi Rezeki. Kalau berhenti kerja takut tidak dapat rezeki, itu akidah yang boleh menjejaskan. Sebab dia rasa seolah-olah rezeki dia sebab kerja, bukan sebab Allah.

Kalau nak rezeki, bergantunglah kepada Allah, bukan pada manusia. Kalau nak selamat dan nak Allah tolong kita, baliklah pada Allah. Kerja paling utama adalah beribadat dan yang paling Allah suka adalah berdakwah. Bukan kerja/usaha kita dapat rezeki. Taat perintah Allah baru dapat rezeki.


Allah nak bagi tahu ikut Islam jalannya luas namun jika di sebaliknya, jalannya sempit. Orang beriman tidak akan bunuh diri. Orang beriman bila kena musibah, dia ambil hikmahnya. Nabi saw pun pernah sedih tapi janganlah sampai menjejaskan akidah dan ibadat kita.

Dalam surah al-Khafi, di mana Nabi Khidir merosakkan sampan orang miskin. Pengajaran yang kita boleh pelajari, jangan cepat menghukum atau buruk sangka. Apa yang berlaku atas izin Allah pasti ada sebab. Allah lebih prihatin terhadap orang miskin,

Kebanyakkan ibu bapa lebih memilih persediaan anak masuk Universiti tetapi jarang-jarang memilih persediaan anak masuk syurga. Setiap orang ditentukan rezeki oleh Allah, kenapa kita nak risau rezeki anak?

Kenapa Allah bagi mata dan telinga? Telinga adalah saluran menerima ilmu. Mata adalah untuk melihat kebesaran Allah. Kemudian dihantar ke hati (jiwa). Hati yang membuat keputusan. Mulut kadang-kadang laser sebab hati tak baik. Mulut yang kata tak elok datang dari hati. Tiada istilah mulut jahat hati baik. Begitu sedikit kita mensyukuri nikmat Allah.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

  1. Bumi dikelilingi oleh air. 2/3 adalah air. Kalau bola diletakkan di atas permukaan air, pasti akan bergoyang. Maka Allah pasakkan gunung agar bumi menjadi hamparan pada manusia mencari rezeki. Bumi tidak bergoyang kerana ada gunung. Gunung bila kena banjir ke apa ke, ia tetap macam itu, ia tidak hancur. Gunung akan hancur bila berlaku kiamat.
  2. Penyakit hati, kalau dia dengki, ia tidak akan berhenti di situ. Allah tambah. Kadang-kadang sampai membunuh.
  3. Ada dua sebab Allah beri penyakit. Sama ada nak naikkan darjat atau hapus dosa.
  4. Orang yang berhijrah ada penyakit lagi teruk dari C19 iaitu penyakit hati, merasa diri lebih baik. Allah kata celakalah kepada orang yang keras hati mereka
  5. Orang munafik sifatnya PEKAK, BUTA sebab tidak dengar dan nampak kebenaran Allah
  6. Orang yang melihat ciptaan Allah dan tidak berfikir adalah orang yang buta.
  7. Orang munafik bila buat dosa, tenang. Orang beriman bila buat dosa, gelisah
  8. Cara sahabat Nabi saw beriman adalah dari hati dan mulut. Tapi kita mulut sahaja.
  9. Muflis di akhirat sepatutnya kita khuatir tapi manusia lagi takut muflis di dunia

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Sekian kelas tadabbur Quran yang saya belajar dari Ustaz Abd Muien Abd Rahman. 

No comments:

Post a Comment