1. Perkhidmatan Paling Komprehensif
Menawarkan 35 jenis perkhidmatan Perancangan Harta dan Pengurusan Pusaka secara Syariah.
Maksud 35 jenis perkhidmatan adalah seperti hibah ASB, Hartanah, Emas, Unit Trust, Syarikat dan banyak lagi.
2. Perkhidmatan Percuma Kepada Waris
Waris tidak perlu membayar apa-apa fi pengurusan.
Maksudnya, jika saya meninggal dunia misalnya, waris saya tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk mencairkan aset atau harta peninggalan saya. Terus diturun milik kepada waris saya kerana saya sudah membuat perancangan harta semasa hidup. Jika kita tidak merancang harta semasa hidup, bila kita mati esok, harta si mati akan beku malah waris-waris perlu labur sejumlah wang untuk mencairkan aset/harta si mati. Semakin banyak harta si mati, semakin banyak duit diperlukan untuk pencairan aset. Disebabkan, terlampau banyak duit nak pakai, kebanyakan waris tidak mampu, makanya akan menjadi harta beku. Bukan itu sahaja, kebanyakan waris tamak dan tiada/kurang ilmu faraid makanya akan menjadi perebutan harta pusaka. Jadi, alangkah ruginya tidak menguruskan harta kita semasa hidup.
3. Perkhidmatan Rundingan Percuma
Kami sedia bertemu waris pada bila-bila masa bagi memberi khidmat nasihat kepada waris.
Maksudnya, konsultasi kamu PERCUMA. Tiada bayara dikenakan. Bayar, bila anda dah faham dan setuju untuk meneruskan sesi dokumentasi hibah
4. Pekhidmatan Patuh Syariah
Segala operasi dan perkhidmatan kami melalui proses saringan ketat dan diluluskan oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad
Panel-panel kami hebat-hebat orangnya, memang ketat dan semua dokumentasi perlu sahih.
5. Perkhidmatan Terbukti
500 kes Pusaka telah berjaya diselesaikan dalam tempoh purata antara 3 hingga 8 bulan.
Tahu tak? Kalau kita tidak membuat apa-apa perancangan dan pengurusan harta semasa hidup, waris kena buat dan laluinya sendiri. Dan kalau ke pusaka kecil, nak dapat tarikh bicara sahaja kira-kira kena tunggu 6 bulan. Ni hanya dapat tarikh perbicaraan sahaja. Belum nak proses bicara. Proses bicara boleh jadi kena tunggu setahun. Kalau waris tidak memberi kejersama, memang kena ulang bicara. Ini namanya buang masa dan duit. Kalau nak ke mahkamah tinggi pula, perlu duit yang banyak. Jadi, fikir-fikir lah. Tanya anak bini tu, esok abang mati, sanggup tak ayang spend time dan duit nak urus pusaka abang?
Sumber Rujukan: Wasiyyah Shoppe Berhad
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Belajar Sesuatu?
Jadi tunggu apa lagi? Jom la jumpa offline/online. Masa hidup ni lah kita perlu merancang harta kita agar tiada perselisihan faham. Periuk dan motor buruk pun boleh jadi gaduh dan putus silaturiahim. Ni kan pula harta yang ada nilai. Boleh hubungi saya di talian WHATSAPP. Kita bincang sampai jadi.
No comments:
Post a Comment