Diterangkan dalam ayat 3 ini bahawa Nabi Zakaria telah menyeru Allah swt dengan suara yang lemah lembut. Seruan yang tidak perlu kedengaran oleh orang lain, sesuai dengan adab sopan santun seseorang hamba terhadap Tuhannya, apatah dia seorang Nabi. Seperti tersebut dalam adab sopan santun berdoa, di dalam surah Al-A'raf ayat 55:
"Serulah Tuhan kamu di dalam keadaan merendahkan diri dan dengan suara yang lembut; kerana sesungguhnya Dia tidaklah suka kepada orang-orang yang melampaui batas."
Seorang Rasul yang usianya telah tua, hendak mengemukakan suatu permohonan yang bagi orang lain mungkin dianggap mustahil dan kelakar. Iaitu memohonkan keturunan yang akan menyambung tugas bila dia meninggal dunia. Lebih baiklah berdoa dan jangan sampai menjadi bahan ketawa orang lain.
Dan Nabi Zakaria bermunajat selanjutnya,
"Dan tidaklah pernah aku, di dalam mendoa kepada-Mu, ya Tuhanku, merasakan kecewa."
Surah Maryam ayat 4.
Ertinya, di dalam pengalaman hidup Nabi Zakaria, sejak muda pun belum pernah Allah swt mengecewakan harapannya. Jarang doanya tidak makbul. Jadi Nabi Zakaria ulangi lagi permohonannya dan penuh kepercayaan bahawa doanya akan makbul.
Caranya meminta itu tetaplah seperti tersurat dalam surah Maryam ini, iaitu dengan rendah hati, suara lemah lembut, menekur dengan sikap merendahkan diri.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
"Sebab itu anugerahilah aku (dari kurnia) langsung dari Engkau seorang pengganti"
Surah Maryam ayat 5
Kurnia untuk kepentingan umum itu ialah waliyyan, atau seorang pengganti atau penyambung tugas. Seseorang yang mengetuai keluarga atau penyambung tugas. Teranglah di sini bahawa yang beliau maksud bukanlah warisan harta benda. Dalam surah an-Naml ayat 16 ada pula disebutkan bahawa Nabi Sulaiman menerima warisan dari ayahnya Nabi Daud. Tetapi dalam ayat itu juga bahawasanya yang diwariskan itu ialah ilmu dan hikmat, keahlian memerintah dan mengatur negara.
Pewarisan menegakkan Keesaan Allah swt di atas dunia ini janganlah kiranya terputus. Dan Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa pewarisan itu sekali-kali tidak akan putus. Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya Ulama (orang-orang yang berilmu) adalah penerima waris dari nabi-nabi. Dan nabi-nabi tidaklah mewariskan dinar dan dirham, yang mereka wariskan adalah ilmu pengetahuan." (HR Abu Daud)
"Bagaimana ini, ya Ilahi! Kehendakmu akan berlaku. Aku akan diberi juga putera lelaki, telah sedia sekali namanya, padahal isteriku mandul dan tua. Apatah lagi aku sendiri, telah tua nyanyuk. Zat-zat hormon yang meransang syahwat bersetubuh sudah kering tak ada lagi"
Usianya menurut sesetengah riwayat di waktu itu telah 90 tahun.
Namun, Allah telah memesankan, "Dia itu bagiKu adalah mudah". Memberi berisi hormon pada mani orang yang telah tua, untuk hanya melahirkan seorang anak, dan memberikan ransangan bagi seorang perempuan yang mandul, walaupun untuk sekali setubuh, bagi Allah adalah perkara mudah sahaja. Bukan perkara sulit. Semua isi alam ini Allah yang menguasainya; Allah mengatur semua.
Sumber Rujukan: Tafsir Surah Maryam dan juzuk 16 oleh Hamka
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Belajar sesuatu?
- Bila kita nak meminta pada Allah swt, mintalah dengan nada dan suara yang lembut. Begitu juga kalau kita nak meminta sesuatu dari manusia seperti minta ajarkan ilmu ini itu, meminjam duit, minta tolong ini itu. Tapi kena ingat, jika orang yang kita minta itu tidak mahu menolong kita, janganlah berkecil hati. Kerana manusia adalah makhluk, mana mungkin dapat bagi 100% pertolongan. Jangan rasa diri kita ni besar dan ada pangkat, lalu mereka kena dengar atau ikut arahan kita. Dan jangan lah rasa kita ni miskin dan teraniaya sebab orang kaya tak mahu tolong. Minta pada Allah swt lebih baik.
- Jangan sesekali rasa penat dan kecewa bila memohon pada Allah swt. PASTI Allah swt akan kabulkan mengikut caraNya. Kita minta ini, tapi Allah swt ada cadangan lagi baik kerana Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bukan doa kita tidak makbul, cuma Allah swt akan beri yang lebih baik.
- Mewariskan ilmu pengetahuan yang baik adalah lebih baik dari mewariskan harta kita. Di masa ini kita sibuk mengejar dunia dan harta kemudian kita fikir untuk mewariskan harta kita kepada anak-anak atau tidak wariskan apa-apa langsung. Malangnya, jarang kali mewariskan ilmu agama Islam kepada anak-anak. Bukti jelas boleh dilihat bila perebutan pusaka berlaku. Dan tahu tak, pahala kita akan berterusan jika kita wariskan ilmu yang bermanfaat. Harta tidak dapat diwariskan seperti ilmu kerana harta akan habis jua sepanjang zaman.
- Kisah Nabi Zakaria yang telah lanjut usia dan isterinya pula mandul adalah cara Allah swt zahirkan KekuasaanNya bahawa ianya amat mudah bagiNya. Kalau ikut logik akal manusia dan sains macam tak logik. Tapi kalau berpegang kepada keyakinan Allah swt, Kun Fa Ya Kun. Selagi kita ada rahim, dengan izinNya, kita boleh beranak. Abaikan sahaja apa doktor anda kata. Jika mahukan zuriat dan keturunan, usahalah cara Nabi Zakaria. Allah swt telah memberi pentunjuk pada kita semua dalam Quran melalui kisah Nabi Zakaria. Alhamdulilah. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment