Tuesday, 26 March 2024

Komponen Aktif Dalam Lingzhi


Polisakarida

  • Meningkatkan sistem imun untuk melawan kanser
  • Antioksidan, pemusnah radikal
  • Memodulasi tekanan darah, gula, lipid
  • Meningkatkan fungsi hematopoietik

Asid Ganoderik

  • Lindungi hati daripada kecederaan
  • Membunuh sel kanser
  • Anti alahan
  • Anti virus
  • Melindungi sistem kardiovaskular

Nuklosida

  • Menyembuhkan penyakit neuron motor
  • Melindungi sistem kardiovaskular
  • Menggalakkan ketenangan, meningkatkan kualiti tidur
  • Pelega kesakitan

Protein imunomodulator

  • Memodulasi sistem imun
  • Melawan Diabetes Mellitus Jenis 1
  • Melawan Hepatitis B

Sterols dan lain-lain


Sumber Rujukan: Shuang Hor e-learning

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Belajar sesuatu? Inilah komponen aktif yang telah dikenalpasti oleh para saintis yang ada dalam lingzhi yang memberi manfaat kesihatan dan TANPA kesan sampingan. Hebat ke hebat herba ciptaan Allah ini? Jika mahukan Lingzhi, boleh Whatsapp saya. Kita bincang sampai jadi. Jika kalian ada telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak info kesihatan yang bermanfaat yang kita boleh pelajari bersama. 

Meredakan Keradangan


Keradangan akut adalah tindak balas kepada kerosakan badan secara tiba-tiba, contohnya; tidak sengaja terhiris jari. Untuk menyembuhkan luka, badan anda menghantar sel radang di kawasan kecederaan. Sel-sel ini memulakan proses penyembuhan.

Keradangan kronik adalah keradangan jangka panjang yang perlahan dan berpanjangan selama beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Secara amnya, tahap dan kesan keradangan kronik berbeza-beza mengikut punca kecederaan dan keupayaan badan untuk membaiki dan mengatasi kerosakan.


Keradangan kronik adalah permulaan pelbagai gangguan gejala penyakit seperti artritis reumatoid, lupus sistemik dan polimialgia, reumatik dan penyakit lain seperti asma, penyakit radang usus, gangguan kardiovaskular, kolitis ulseratif dan penyakit Crohn. Juga, ia telah dilaporkan dikaitkan dengan permulaan pelbagai jenis kanser.


Pada tahun 2014, para pengkaji telah membuat kajian terhadap Tindak Balas Keradangan dan Alahan secara Farmakologi Menggunakan Ganoderma Lucidum. Ubat anti-radang yang berkesan sepatutnya dapat menghalang perkembangan keradangan kronik tanpa mengganggu homeostasis normal. Sebilangan ubat herba telah dikenal pasti pada masa lalu yang boleh menyasarkan sitokin radang. 


Antaranya, Ganoderma lucidum: cendawan perubatan yang premium didapati mempunyai keupayaan memodulasi imun dan memperkasakan imun dan telah disifatkan sebagai herba ajaib. Kajian ini memberi tumpuan terutamanya kepada mekanisme molekul tindakan anti-radang dan anti-alergi cendawan ini dan juga memberi penerangan tentang pelbagai kajian paten yang berkaitan dengan tindakan farmakologinya.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Belajar sesuatu? Jangan lupa follow, like dan share. Jika mahukan herba ajaib ini, boleh WHATSAPP saya. Jika anda ada Telegram, jemputlah subscribe channel telegram saya. Banyak info kesihatan holistik yang saya kongsikan. Semoga bermanfaat.

Monday, 25 March 2024

Ujian Kehidupan Cari Allah Dulu


Ada kes viral di mana ada seorang hamba Allah yang ada kehidupan yang trauma dan meluahkan rasa kekecewaan hidupnya di platform radio kepada seorang artis dan meminta nasihat artis tersebut. Kemudian artis tersebut menasihati untuk belajar memaafkan. Kemudian artis itu kena kecam kerana tiada emphaty. Memang itulah yang Islam ajarkan iaitu memaafkan dan melupakan. Dalam Quran, Allah sendiri yang offer SETIAP MUSIBAH yang berlaku perlu belajar memaafkan dan melupakan. Ada ayat Quran tentang hal ini. Bulan Ramadhan bulan Al-Quran, usaha cari guru untuk tadabbur. Bukan cari saya tapi cari guru tadabbur Quran.

Sungguh yang bagi musibah itu adalah ALLAH. Yang boleh selesaikannya juga hanya Allah.
Seandainya, ada dalam kalangan kita yang ada masalah kesihatan mental, YES memang patut seek for help. But seek for Allah first. Sujud doa padaNya. Allah sendiri yang akan hantarkan orang yang tepat untuk bantu. Tapi kita terbalik, kita cari makhluk dulu, luah pada makhluk, apabila tersakiti dengan nasihat, susah nak terima, claim orang itu tiada emphaty, claim orang itu tidak faham kita. 

Seandainya nak cari makhluk untuk luah perasaan atau nak nasihat, pastikan mental dan emosi stabil. Sebab kita tidak tahu nasihat itu keras atau lembut. Kita yang cari orang itu untuk luah, kita jangan harapkan apa-apa kata-kata indah dari dia. Sebab bukan dia yang bagi musibah, dan dia langsung tak dapat bantu sebenarnya. Seperti mana saya kata, yang bagi musibah adalah Allah, yang boleh selesaikannya juga adalah Allah. Hanya Allah yang faham dan kita tak perlu makhluk untuk faham kita. Sebab dia tak lalui apa kita lalui. 

Bila kita cari Allah dulu, kita tak perlu nak lalui masalah kesihatan mental bertahun lamanya. Kerana, Allah akan uji kita sampai mati. Setel satu ujian, datang lagi ujian mungkin lagi besar. Jadi, bagaimana tahap kesihatan mental kita? Adakah kita nak sambut ujian Allah dengan dada lapang atau kita pilih untuk tenggelam? Dan Allah punya baik, Dia tidak akan uji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Selain itu, masalah kesihatan mental ni sebenarnya membenamkan kekuatan sistem imun tubuh kita. Ia akan jadi selemah-lemahnya dan akan ada banyak gejala penyakit akan muncul. Masalah usus dan tekanan pembuluh darah akan menjadi semakin serious dan menjuruskan kepada pelbagai penyakit kronik. Kadang, orang tu eat clean tapi berpenyakit kerana tekanan hidup. 

Tidak ada mana-mana makhluk yang boleh bantu kecuali Allah yang Maha Esa yang akan memberi petunjuk. Selagi kita cari makhluk, selagi tu lah masalah tidak akan setel. Sebab itu saya sangat tegas dan tekankan bab makan produk Shuang Hor ini. Nak makan produk Shuang Hor, kena faham yang beri kesembuhan adalah Allah Taala. Bukan produk Shuang Hor. Ianya hanya ASBAB (progress) untuk ke arah kesihatan yang tidak memudaratkan. Insya Allah.

Monday, 18 March 2024

Burung lebih baik dari manusia


Kenapa Allah suruh kita lihat burung di atas? Sebab Allah nak kita rasa kebesaranNya. Burung banyak habiskan masa di udara tetapi rezekinya di darat. Dan burung tidak bunuh diri kerana rezeki. Manusia memang masanya di darat dan rezekinya di darat tetap ada yang bunuh diri hal rezeki. Pengajarannya, jika kita bertawakal seperti burung, keluar dengan perut kosong, balik mesti kenyang, maksudnya rezeki mesti ada. Tetapi perlu keluar berusaha. Dan burung tidak risau akan rezekinya esok. Rezeki hari ini untuk hari ini. Esok untuk esok. Tapi manusia risau akan rezekinya esok hari. Dalam hal ini, kita dengan burung mana lebih baik? Sudah tentu burung. Padahal kita ada akal, kenapa perlu risau?

Sekian nota saya tadabbur Quran bersama Ustaz Abd Muein Abd Rahman.
Alhamdulilah untuk ilmu hari ini. Jika nota ini bermanfaat, jangan lupa kongsi supaya orang lain pun mendapat manfaatnya. Insya Allah.

Saturday, 9 March 2024

Adakah duit pencen arwah, Harta Pusaka?


Bayaran wang pencen bagi penjawat awam yang telah meninggal dunia dikenali sebagai 'Pencen Terbitan'. Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu/duda atau anak sekiranya pesara telah meninggal dunia. Gratuiti terbitan juga diberikan kepada waris selepas kematian penjawat awam. Berdasarkan kepada peruntukan dalam Akta Pencen 1980, gratuiti atau ganjaran terbitan ini tidak tertakluk kepada hukum faraid.

Apabila ianya diterima selepas kematian, ia menjadi milik mutlak orang yang menerima, sama ada balu/duda, anak atau ibu bapa. Tiada sebarang halangan ke atas penerima tersebut untuk menggunakan wang tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 yang bersidang pada 12 Sep 1988 telah memutuskan bahawa 'Pencen Terbitan' & 'Gratuiti Terbitan' tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.

BELAJAR SESUATU?
Jangan lupa follow, like dan share agar satu Malaysia dapat ilmu baru

#DuitPencen #HartaPusaka #KiraanFaraid

Nea Daie Mawarith
#PakarHibah #PakarPusaka
Perunding Pewarisan Harta Islam

Tuesday, 5 March 2024

Kenapa susah memaafkan?

 

"Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar"
67:12

Ayat ni Allah nak beri tahu kita buat sesuatu supaya kita yakin kepada kebesaran Allah. Kenapa kena takut pada Allah? Sebab Dia Pencipta. Lagi tak masuk akal bila kita takut makhluk. Orang yang takut hantu tak waras. Lepas tu diajar anaknya untuk takut hantu, "ha, masuk cepat! Kat luar ada hantu!". Perbuatan ini lagi tidak waras. Orang yang takut Allah membawa kesan takut pada azab Allah, maka dia akan takut mengumpat, takut dedah aurat, takut melawan suami, takut menipu dan sebagainya. Orang yang buat dosa sebab dia tak kenal Allah, tak kenal Allah maksudnya tak takut pada Allah. Puncanya tak gunakan akal untuk berfikir. Syarat nak dapat upah besar (syurga) mesti keampunan. Kadang-kadang manusia ni bila sebut keampunan dia tak rasa besar

"Jika kamu melahirkan suatu kebaikan atau menyembunyikannya atau memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa"
4:149

Syarat nak buat kebaikan depan orang adalah jangan riak dan pastikan ianya adalah suatu inspirasi yang baik. Dalan ayat ini juga Allah tawarkan keampunan. Dapat ampun Allah dapat upah. Upah apa? Upah syurga. Kenapa kita susah nak memaafkan? Kerana kita rasa diri kita ni baik dan suci. Sedangkan dosa kita dengan Allah lagi banyak dengan dosa makhluk pada kita. Bila kita fikir dosa kita lagi banyak terhadap Allah, maka kita akan mudah memaafkan. Orang yang susah memaafkan dia rasa da sangat baik sampai orang tu tak sepatutnya buat macam tu pada dia. Sebenarnya orang macam ini dia LUPA bahawa Allah yang menghantar fulan bin fulan untuk untuk uji dia. Semua atas izinNya. Tapi kita kalah dengan bisikan manusia dan syaitan. Sudah Allah jelaskan dalan surah An-Nas supaya kita setiap hari mohon perlindungan dariNya. Tapi kita tak buat kan?

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidak kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
24:22

Ayat di atas adalah kisah Abu Bakar. Abu Bakar suka membantu orang susah sama ada orang luar atau ahli keluarganya. Dalam ahli keluarganya yang besar ada juga keluarga yang fakir miskin yang Abu Bakar sendiri support. Keluarga itu adalah keluarga Mistah bin Usasah. Pada saat Aisyah, anak Abu Bakar difitnah membuat zina, Mistah bin Usasah percaya akan fitnah itu dan ini membuatkan Abu Bakar rasa kecewa dan bersumpah untuk tidak mahu lagi beri apa-apa bantuan kepada keluarga Mistah. 

Patutkah Abu Bakar buat macam tu? Lalu turun surah An-Nur ayar 22 di atas. Kemudian Allah tawarkan untuk maafkan dan lupakan dan Allah akan ampunkan dosa Abu Bakar. Tanpa fikir panjang dan faham besar tawaran nilai Allah, Abu Bakar terus maafkan dan lupakan. Jika Abu Bakar tidak maafkan, bermaksud Abu Bakar tidak yakin dengan Allah dan tidak nampak nilai yang Allah tawarkan. 

Moral of the story, nak keampunan dari Allah, belajar memaafkan. Tak mahu maafkan maksudnya tidak mahu betapa besar nilainya yang Allah tawarkan iaitu Syurga. Nak masuk syurga, belajar memafkan. Itu paling susah nak buat sebab itu besar upah yang Allah nak bagi. Sebenarnya Allah hantar orang buat salah pada kita sebab supaya kita sendiri yang belajar memaafkan orang sebab inilah cara Allah zahirkan dan beri peluang kepada kita tawaran syurga. Dan ini juga cara Allah nak zahirkan sebenarnya kita ada banyak dosa jadi, Dia hantar fulan bin fulan sebagai pengajaran kepada kita. Allah nak ampunkan dosa kita dengan cara kita maafkan orang lain. Tapi kita tak nampak kerana kita rasa kita ni baik sangat. Orang yang memaafkan sepatutnya beruntung kerana dapat upah besar dari Allah.



Bila kita buat sesuatu dan mengharapkan balasan walaupun "terima kasih", itu TIDAK IKHLAS. Allah uji kita dengan menghantar orang yang tak reti ucap terima kasih sebab Allah nak bagi kita pahala 100%. Tapi kalau kita berkecil hati semata-mata-orang itu tidak reti berterima kasih, pahala pun melayang. Kita kena buktikan pada Allah, kita buat amalan kerana Allah tidak mengharapkan apa-apa balasan dari manusia. 

"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring (sama sahaja keadaanya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Megetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada"
67:13

Pengajaran di atas nak bagi tahu, bila kita berani buat jahat secara sembunyi, kita ada penyakit tidak takut pada Allah tetapi takut pada manusia. Bagi Allah rahsia atau terang-terang sama je, Jadi jangan jadikan Allah sebagai "orang". Orang beriman tidak bercakap sia-sia kerana mereka berakal. Melihat ciptaan Allah membawa kita kenal Allah.



"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)"
67:15

Bila bab rezeki tidak perlu berlumba dan berebut. Sebab sudah ditentukan. Bila bab solat dan keampunan Allah, itu pilihan kita sendiri. Ini perlu dikejar. Tapi manusia sekarang dah terbalik. Bila bab solat dan pengampunan relaks je. Bila bab mencari rezeki berlumba. Manusia kerja awal tapi solat lambat. Kerja teruk mana pun, kalau rezeki banyak tu memang banyak tu tetapi masih berlumba. 


Sebenarnya belajar agama untuk dunia dan akhirat. Orang yang berjaya bukan orang yang solat tapi orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk solat. Ramai orang solat tetapi tidak kusyuk. Nak kusyuk solat hendaklah tidak cakap atau buat perkara yang sia-sia. Kayuh basikal sampai 2 ke 3 jam, bila baca Quran 3 minit mengantuk. Daki gunung 3 hari 2 malam, tapi solat tahajud tidak boleh bangun.

Sekian nota saya dalam kelas tadabbur Quran bersama Ustaz Abdul Muein Abd Rahman. Alhamdulilah, semoga bermanfaat, Insya Allah.

Adakah hutang si mati di warisi?

Semenjak kebalakangan ini saya rajin buat poll. Sedih sebab masih ramai yang kurang faham bab pewarisan harta islam walaupun soalan sangat simple. Tidak mengapa. Kita bimbing orang yang nak dibimbing sahaja agar mereka faham dan tidak berlaku salah faham antara waris. Insya Allah. 

Soalan paling simple, adakah hutang si mati di warisi?

Jawapannya TIDAK. Tapi majoriti menjawab ya.

Sebenarnya, Waris faraid TIDAK WAJIB membayar hutang si mati menggunakan duit mereka sendiri tetapi WAJIB menggunakan apa-apa sahaja harta pusaka peninggalan si mati. Seandainya, si mati meninggalkan sebuah rumah banglo yang sudah habis bayar, tetapi ada hutang dengan manusia 30k, maka JUAL rumah banglo tersebut. Dan bayar hutang manusia. Tidak lupa juga HUTANG dengan Allah seperti haji, puasa dan sebagainya. Kena bayar juga. 

Setelah semua dah bayar, barulah BAKI harta pusaka si mati dibahagikan ikut hukum faraid. Ramai sangat yang terlepas pandang ini. Tidak mengapa, akan banyak lagi soal jawab harta pusaka akan menyusul. Kita belajar sama-sama ya.

Siapa nak rancang harta semasa hidup? Boleh hubungi saya segera. Kita bincang sampai jadi. Rancang kerana sayang. WHATSAPP

Monday, 4 March 2024

Sejarah Wanita Yang Bekerja Pada Zaman Nabi saw


Bekerja dan mencari nafkah adalah WAJIB bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan akal bagi menanggung isteri dan keluarganya. Manakala, wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga. Walau bagaimanapun, wanita tidak di larang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. 

Antara para wanita yang bekerja pada zaman Nabi saw:
  1. Ummu Atiyah contohnya, bertugas mengurus jenazah wanita islam di Madinah, merawat lelaki yang cedera di medan peperangan di samping menyediakan makanan untuk pejuang-pejuang Islam.
  2. Rufaydah al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang Nabi saw sediakan sebuah khemah khas di Masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang-pejuang Islam yang cedera ketika peperangan Khandaq.
  3. Ar-Rabaiyyi’ bint Mu’awwiz dan Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang-pejuang Islam
  4. Ash-Shifa’ binti Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita Islam membaca dan menulis ketika Nabi Muhammad saw masih hidup.
  5. Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu yang membersihkan Masjid Nabi. 
  6. Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa’ untuk menjalankan tugas al-hisbah atau auditor syariah di pasar ketika itu bagi memastikan segala urusan yang dijalankan menepati Syariah.

Menurut Prof. Dr Md Uqlah al-Ibrahim, syarat-syarat wanita diberikan keharusan bekerja adalah:

  1. Terdapat keperluan yang menyebabkan ia terpaksa keluar daripada tanggungjawab asalnya seperti:
    • Kematian suami dan memerlukan belanja hidup
    • Memberikan bantuan kepada ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya
    • Membantu perniagaan suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos
    • Mempunyai keistimewaan yang hebat sehinggakan kemahiran itu sangat diperlukan oleh masyarakat umum
    • Mestilah keluar bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja
  2. Mestilah kerja itu tidak memerlukannya berdua-duaan dan bercampur secara bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya
  3. Mendapar izin wali dan suami
  4. Mestilah kerjaya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggungjawab di rumah terhadap anak dan suami
  5. Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata untuk menyaingi lelaki.
  6. Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak
  7. Digalakkan ia dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik KECUALI jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum. 


Suami isteri yang bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan TIDAK DIGALAKKAN isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab mendesak. Jika sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli-belah (sehingga menggadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri, ini tidak diterima oleh Islam.

Sumber rujukan Untukmu Wanita oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ingin mempunyai gigi yang sihat?


Gigi yang putih berseri memberikan senyuman yang lebih berkeyakinan! Selain cara menggosok gigi yang betul, penggunaan ubat gigi yang betul juga akan membantu anda menjaga kebersih an mulut dengan mudah dan mempunyai senyuman yang menawan pada bila-bila masa. Kandungan Ubat Gigi Greenzhi:

Nano-Ganoderma Lucidum
  • Pencegahan plak gigi dan kerosakan dengan menyekat penghasilan glukan olen Streptococcus mutans untuk mencegah plak dan kerosakan gigi
  • Meningkatkan peredaran darah tisu gusi
  • Mengaktifkan tisu membran mukosa dalam rongga mulut

Ekstrak Miswak
  • Meningkatkan rembesan air liur
  • Melaraskan nilai pH dalam rongga mulut
  • Merencatkan dan menghalang pertumbuhan bakteria plak
  • Kandungan vitamin C yang membantu dalam penyembuhan luka mukosa mulut
  • Mempunyai ciri-ciri untuk mengurangkan keradangan

Ekstrak Neem
  • Berkesan untuk memutihkan gigi
  • Melindungi gusi daripada pendarahan dan kesakitan
  • Mempunyai sifat antibakteria untuk membantu menyingkirkan patogen mulut dan mencegah kaviti dan penyakit gusi dengan lebih berkesan

Aloe Vera
  • Membaiki epidermis gusi
  • Melegakan dan melindungi gusi dan sel di dalam mulut

Xilitol
  • Merencatkan proliferasi Streptococcus mutatis
  • Mencegah kerosakan gigi dengan berkesan

Klorofilin
  • Mengatasi masalah dental seperti pendarahan gusi dan nafas berbau
  • Menguraikan sisa makanan yang tersekat di celah-celah gigi
  • Melegakan ketidakselesaan gusi

Gel Semula Jadi
  • Mengurangkan geseran semasa memberus gigi
  • Mengelakkan kerosakan pada enamel semasa memberus

Agen Pembuih Semula Jadi
  • Diekstrak daripada kelapa dan jagung
  • Lembut, tidak bertoksik dan selamat

Pudina Semulajadi
  • Menjadikan mulut sentiasa segar dan menyenangkan
  • Perisa semula jadi, tiada sebarang bahan tiruan


Greenzhi Toothgel ialah ubat gigi gel yang mengandungi pelbagai ekstrak tumbuhan, sesuai untuk seisi keluarga. Untuk dapatkan Ubat Gigi Greenzhi, boleh hubungi saya di talian whatsapp.

Jangan lupa Like FB page saya Aura Majestik, subscribe channel telegram saya untuk mengetahu pelbagai info kesihatan holistik. Jom kembalikan kesihatan secara fitrah.

Fakta tentang Vitamin C


Perkataan asid askorbik berasal dari bahasa Latin 'Scrobutus', yang merupakan istilah yang mereka gunakan untuk penyakit skurvi. Skorbut atau scurvy adalah penyakit yang jarang terjadi akibat tubuh kekurangan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbat tidak dapat diproduksi oleh tubuh. Oleh sebab itu, kita memerlukan vitamin C yang cukup. Vitamin C berperan penting dalam pembuatan kolagen. Vitamin C sememangnya larut dalam air, ini kerana ia mengandungi 4 kumpulan hiroksil (-0H), ia mempunyai struktur kimia C6H806. Vitamin C dikaitkan dengan wabak skurvi, terutamanya di kalangan pelayar. Menurut sejarah, 60% pelayar yang melakukan pelayaran laut mati akibat skurvi.

Gyorgy adalah yang pertama mengekstrak vitamin C dan bereksperimen dengannya. Pada tahun 1932, dia juga berusaha untuk mencegah skurvi pada babi guinea. Pada tahun 1935, struktur itu ditentukan oleh saintis Harworth dan Hirst. Pada tahun 1601, Sir Lancaster merevolusikan pemakanan dengan menjual oren dan limau kepada rakan sekapal. Setakat ini tiada ubat untuk skurvi diketahui. Gejala kekurangan Vitamin C termasuk, folikel rambut tersumbat, pernafasan yang cepat, pengekalan cecair, gusi berdarah dan mood mudah marah.

contoh pengekalan cecair
Contoh pengekalan cecair selalunya terjadi pada kaki

Vitamin C diperlukan untuk penghasilan kolagen. Kolagen didapati adalah kulit orang muda dan tisu penyambung pada sendi. Askorbat diperlukan untuk hidroksilasi kimia prolin. Rantai protin diperlukan untuk strukturnya. Vitamin C adalah salah satu bahan utama untuk sebarang suplemen sistem imun. Ia digunakan untuk menggalakkan protein, sel dan enzim untuk melawan jangkitan. Vitamin C diperlukan untuk penghasilan tenaga. Ia membantu penukaran asid amino lisin kepada karnitin. Ini mampu membekalkan sumber tenaga sekunder kepada mitokondria sel. Inilah sebabnya mengapa orang yang kekurangan vitamin C bergelut dengan kelesuan


Belajar sesuatu? Tahu tak lactoberry tinggi dengan vitamin C. Lactoberry adalah probiotik dan probiotik adalah bakteri baik. Gejala paling awal untuk kita tahu badan kita kekurangan vitamin C adalah sentiasa berasa letih. Jika diabaikan akan menjadi masalah gusi bengkak dan berdarah. Jika diabaikan lagi TAK MUSTAHIL boleh berlaku anemia. Dan akhir sekali, senang kena demam panas. Perhatikan anak masing-masing atau diri sendiri, kerap demam kah? Itu petanda kekurang vitamin C. 

Berapa banyak buah oren perlu makan untuk cukupkan vitamin C? Wallahualam. Bergantung kepada sistem imun masing-masing. Nak cara mudah, boleh dapatkan lactoberry dari saya. Apa yang menarik? Tidak perlu lalui proses pencernaan. Ia akan diserap terus masuk ke dalam pembuluh darah melalui usus. Jika nak makan buah oren, tiada masalah, cumanya kita sendiri tak pasti, kekuatan sistem pencernaan kita. Mampukan breakdown all the nutrisi untuk sebiji buah oren. Lepas dah breakdown, berapa peratusan akan diserap pula? Jika gagal, kesudahannya dapat kencing manis saja dari buah. 


Untuk dapatkan lactoberry, boleh hubungi saya di talian whatsapp.

Jangan lupa Like FB page saya Aura Majestiksubscribe channel telegram saya untuk mengetahui pelbagai info kesihatan holistik. Jom kembalikan kesihatan secara fitrah.

Saturday, 2 March 2024

Bayar Insurance tapi masih sakit


Walau apa pun keadaan kita, temu janji dengan pakar berkemungkinan singkat. Insurans membayar balik doktor untuk temu janji lima belas minit, jadi biasanya itu sahaja yang mampu mereka berikan kepada kita. Kita mempunyai banyak persoalan yang ingin kita tanyakan, tetapi dalam kebanyakan kes, kita hanya mempunyai masa yang cukup untuk mendengar pakar mengesahkan bahawa terdapat sangat sedikit yang boleh kita lakukan untuk memperlahankan perkembangan keadaan gejala penyakit. Kita hanya perlu mengambil ubat-ubatan yang diperlukan oleh "standard penjagaan" konvensional dan berharap bahawa ada sedikit perbezaan tanpa menyebabkan terlalu banyak kesan sampingan. Jika kita salah seorang yang bertuah, ubat-ubatan akan menghapuskan semua gejala kita. Namun, selalunya, kita hanya boleh mengharapkan kelegaan terhad. Walaupun rasa sakit hilang sepenuhnya, namun gejala penyakit masih bergelora di dalam badan kita, dan kita tidak tahu apa kesan seterusnya.

Kemudian kita mengetahui bahawa walaupun doktor kita boleh menemui ubat yang berkesan, ubat itu mungkin tidak sesuai. Senario lain, doktor beri kita ubat lain, dan itu juga berkesan untuk seketika. Namun ubat baharu membebankan kita dengan beberapa kesan sampingan yang mengganggu, mungkin juga yang menyakitkan. Kes terburuk, tidak mustahil kita memulakan perjalanan kekecewaan, kesakitan dan keputusasaan yang tidak berkesudahan, dan mencuba satu demi satu ubat yang lain, sementara keadaan kita semakin menyakitkan dan menyekat, dan kehidupan kita nampaknya terhenti.

Elak makan gluten? Itu tidak memberi impak besar. Benar, sesetengah orang mengalami keadaan berkaitan gluten yang dikenali sebagai penyakit seliak, tetapi ramai pakar telah mengujinya jadi gluten tidak perlu kita risaukan.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Belajar sesuatu? Beli insurance mahal-mahal tapi penyakit tidak kunjung selesai. Pasti ada sebab bukan? Sampai bila nak bertukar-tukar ubat? Sampai bila nak tambah ubat? Tak kan nak makan ubat sepanjang hayat? TAK MUSTAHIL buah pinggang rosak. Jika anda berada dalam situasi ini, saya nak mengajak anda semua ikhtiar dengan kaedah rawatan holistik.

Untuk sebarang konsultasi rawatan holistik, boleh hubungi saya di talian whatsapp.

Jangan lupa Like FB page saya Aura Majestik, subscribe channel telegram saya untuk mengetahui pelbagai info kesihatan holistik. Jom kembalikan kesihatan secara fitrah.

Anda ada Kelaparan Tersembunyi?


Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kira-kira 2 bilion orang di dunia mengalami masalah kesihatan akibat kekurangan mikronutrien. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menakrifkan fenomena ini sebagai "kelaparan tersembunyi". Berbanding dengan kekurangan zat makanan dan berat badan berlebihan dan obesiti, kelaparan tersembunyi yang disebabkan olen kekurangan mikronutrien amat ketara tetapi sering diabaikan. 

Dengan memperbaiki kesihatan, membawa kita menjadi tua secara sihat atau lebih lambat, dan mengurangkan kejadian penyakit kronik, semuanya bermula dengan mengelakkan "kelaparan tersembunyi", iaitu kekurangan unsur surih, yang perlu diperbetul melalui "makan yang betul dan baik". Nutrien dan mineral penting yang lengkap dan seimbang adalah kunci teras untuk mengekalkan fungsi badan, dan debunga adalah makanan yang paling semula jadi dan lengkap selaras dengan pemakanan manusia.

Yang lapar itu adalah sel-sel kita. Semua sel dan tisu kita perlukan nutrisi dan mineral yang lengkap. Jadi, untuk memastikan sel-sel kita “tidak lapar”, saya sarankan untuk amalkan Yung Kien Pollen setiap hari demi penjagaan kesihatan. Sel-sel yang lapar menyumbang kepada terkumpulnya toksin, virus, kulat dan bakteria. Maka terjadinya pelbagai jenis penyakit dengan nama-nama yang canggih seperti ekzema, fibroid, dan sebagainya.

Untuk dapatkan Yung Kien Pollen, boleh hubungi saya di talian whatsapp.

Jangan lupa Like FB page saya Aura Majestik, subscribe channel telegram saya untuk mengetahu pelbagai info kesihatan holistik. Jom kembalikan kesihatan secara fitrah.